CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5945|Reply: 3

Mamak Puteh dah sendu nak jadi pelawak, aktif cari duit di TikTok

[Copy link]
Post time 13-1-2025 11:35 AM | Show all posts |Read mode
Tidak selamanya berada di puncak, Mamak Puteh sedar kariernya sebagai pelawak mula menunjukkan penurunan ketara.

Mamak atau Mohamad Ikhtiarudin Naina Mohamad, 41, berkata, dia akur sekarang adalah zaman pempengaruh yang lebih digemari masyarakat.



“Terus terang karier sebagai seorang pelawak semakin menurun, bagaikan roda berputar, sekejap di atas dan sekejap di bawah.

"Sekarang zaman pempengaruh, jadi saya sendiri terpaksa mengikut perubahan itu dengan bermain TikTok," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Mamak memberitahu dia aktif di TikTok bukan sekadar mahu mengumpul peminat baharu.

  


Sebaliknya ia secara tidak langsung dapat menambah pendapatannya dengan membuat video reviu makanan.

"Ada juga buat duit melalui TikTok macam buat reviu makanan tapi tak kerap.

"Sebab saya suka menjual secara langsung macam kedai makan yang saya buka sekarang.

  


"Saya suka jumpa orang dan lihat mereka puas hati dengan apa yang dihidangkan saya pun rasa seronok," jelasnya.

Berkongsi lanjut, Mamak bersyukur perniagaan makanan diusahakan bersama isteri mendapat sambutan memberangsangkan.

  


"Alhamdulillah perniagaan makanan saya okay, saya memang suka meniaga.

"Saya sebenarnya mula minat meniaga sebab isteri yang beri cadangan.

"Cuma saya ni lebih kepada bahagian penghantaran dan pemasaran," ujarnya.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2025 11:50 AM | Show all posts
aku tengok abu mamu tu banyak buat review makan. biasanya nasi kandar la. dulu2 macam ok tapi sekarang  tak tau la. aku rasa macam ada vibe berlagak plak si abu tu. dan kalau tengok komen orang, ramai dok perli si abu ni. kata hang semua kata sedap, kami p makan tak sedap pun. hang lepas kena bayaq buat review semua hang kata sedap.

so pada si mamak ni, kalau ikut buat review makan tu, be honest je. anda akan ada ramai followers nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 12:31 PM | Show all posts
zaman 90 an dulu yg wa tau, imuda artis sepenuh masa, ada masa dia jual lukisan

mat busu ( arwah ) kerja dgn lembaga pelabuhan klang, kadang2 dia amik job sbg pelawak pimai tang tu

arwah hamid gurkha pencen askar, pencen awal kot,


khairil anwar dgn ali mamak tak silap kerja dgn RTM, diorang masing2 ada kerja lain ,jd artis ni sebagai sampingan je...

tp zaman berubah ramai je boleh buat channel utube, bwak grab, chanel tiktok dsbnya
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
taji2906 replied at 13-1-2025 11:50 AM
aku tengok abu mamu tu banyak buat review makan. biasanya nasi kandar la. dulu2 macam ok tapi sekara ...

Abu Mamu rasa review ikhlas masa awal2 Laparpo saja kot..... Waktu curi2 try makan dlm kereta dgn Belon......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.513022 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list