View: 10160|Reply: 3
|
[Tempatan]
Anak kedua Nazmi Faiz meninggal dunia selepas hampir 8 jam dilahirkan
[Copy link]
|
|
Pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor mengumumkan khabar duka, memaklumkan anak perempuan keduanya, Maira Maliyqa Muhammad Nazmi Faiz meninggal dunia pada pagi Ahad.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Nazmi berkongsi perkhabaran itu dan memohon orang ramai untuk sedekahkan Al-Fatihah buat anak syurganya.
"10.55 pagi baby Maira Maliyqa binti Muhammad Nazmi Faiz, puteri kedua kami telah kembali ke rahmatullah.
"Mohon sedekah al-Fatihah buat puteri kami," tulisnya dalam hantaran tersebut.
Nazmi pada awal pagi Ahad memaklumkan bahawa isterinya, Nurul Yasmin selamat melahirkan anak perempuan kedua mereka.
Namun, pemain JDT itu merayu agar orang ramai mendoakan kesihatan anaknya, yang ketika itu berada dalam keadaan kritikal.
"Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan anak perempuan kedua kami pada pukul 3 pagi tadi (Ahad).
"Minta tolong doakan untuk anak saya yang berada di dalam keadaan kritikal (NICU) sekarang.
"Semoga dia kembali stabil dan membesar dengan sihat dan diberkati Allah," katanya.
Bagaimanapun, pemain bola sepak berusia 31 tahun itu tidak mendedahkan punca pemergian cahaya matanya.
Untuk rekod, Nazmi dan isteri mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017.
Pasangan ini kemudiannya menimang cahaya mata pertama mereka pada 26 Jun 2020.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by 3chanceno at 19-1-2025 06:58 PM
Innallillah...semuga tabah menghadapi ujian ini. |
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahwainnalillahirojiun |
|
|
|
|
|
|
| |
|