Edited by sfhzuraz at 20-1-2025 05:04 PM
KPM fokus isu keciciran, tumpu intervensi dan jurang ekonomi B40 - Fadhlina
SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
20 Januari 2025 02:51pm
Fadhlina beramah mesra ketika melakukan lawatan kerja rasmi ke Sekolah Kebangsaan Danglau Sik Kedah pada Isnin.
SIK - Isu keciciran antara fokus utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2025 dalam usaha memastikan ketidakhadiran pelajar ke sekolah ditangani segera.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, tumpuan diberikan kepada aspek intervensi, jurang ekonomi dan bantuan khususnya melibatkan golongan B40 yang turut dikaitkan dengan isu berkenaan.
]
Fadhlina
"Dari tadi kami bincangkan bagaimana keciciran harus diatasi intervensi daripada awal, tahniah pada PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) Sik telah memulakan dashboard awal bagi saya cukup efektif dan melihat isu dan trend berkaitan keciciran jauh lebih awal dari tingkatan satu lagi, begitu juga dengan kesenjangan-kesenjangan lain termasuk sosio ekonomi.
"Saya difahamkan B40 sangat ramai begitu juga dengan aspek sekolah yang perlu diberikan tumpuan...kita ada tiga aspek sekolah ataupun segmen yang perlu diberikan perhatian sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi yang saya yakin dan percaya PPD telah pun mengambil semua langkah tersebut... lihat dari masa ke masa berdasarkan dashboard yang telah dilaksanakan oleh PDD," katanya.
]
Fadhlina mengacau gulai kawah yang dimasak secara gotong-royong sempena Kenduri Rakyat di Sekolah Kebangsaan Danglau Sik Kedah pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika lawatan kerja rasmi ke Sekolah Kebangsaan (SK) Danglau, Sik pada Isnin.
Dalam pada itu jelasnya, proses transisi daripada Tahun Enam ke Tingkatan Satu juga perlu diberi perhatian dalam usaha mengatasi isu berkenaan.
]
Fadhlina (tengah) ditemu bual pelajar ketika melakukan lawatan kerja rasmi ke Sekolah Kebangsaan Danglau Sik Kedah pada Isnin.
Jadi bila proses transisi tidak ada keciciran dari Darjah Enam hingga ke Tingkatan Satu, saya percaya ia akan dapat diatasi dengan jauh lebih baik.
"Ketiga adalah bantuan kalau di bawah KPM kita ada 18 bantuan kewangan untuk anak-anak B40 yang mesti disegerakan, selain daripada bantuan awal sekolah yang semua ibu bapa telahpun dapat, ada 18 lagi bantuan lain yang saya fikir pendekatan PPD dan JPN mesti lihat bagaimana bantuan ini dapat membantu anak-anak daripada keciciran," katanya.
Dalam kunjungan ke SK Danglau, Fadhlina turut meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 untuk kegunaan sekolah terbabit.
Terdahulu, beliau turut melakukan lawatan ke PPD Sik yang merupakan PPD pertama dilawati bagi tahun 2025 dalam usaha melihat perkembangan dari segi akademik dan pembangunan murid di daerah berkenaan.
https://www.sinarharian.com.my/article/708238/berita/nasional/kpm-fokus-isu-keciciran-tumpu-intervensi-dan-jurang-ekonomi-b40---fadhlina
|