CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23918|Reply: 0

[Pulau Pinang] RUU Pekerja Gig dibentangkan Parlimen akan datang

[Copy link]
Post time 21-1-2025 01:39 AM | Show all posts |Read mode
RUU Pekerja Gig dibentangkan Parlimen akan datang

20 Januari 2025 07:36pm




Kesuma merancang untuk membentangkan RUU Pekerja Gig pada sidang Parlimen akan datang dalam usaha melindungi kebajikan pekerja di sektor itu. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Steven Sim)




GEORGE TOWN - Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) merancang untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig pada sidang Parlimen akan datang dalam usaha melindungi kebajikan pekerja di sektor itu.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, satu sesi dialog (town hall) secara besar-besaran akan diadakan bagi kali terakhir dalam masa terdekat sebelum RUU itu dibawa ke Dewan Rakyat.


"Kita sepatutnya nak bentangkan dalam sidang Parlimen tahun lepas tetapi selepas sesi libat urus dengan pihak berkepentingan termasuk wakil pekerja dan platform, mereka telah memberikan maklum balas supaya kita tangguhkan untuk perincikan lagi.

"Kita dah siapkan draf (RUU) itu untuk bentang tetapi sebab ada maklum balas dan ini satu undang-undang yang baharu, bersejarah...jadi saya nak pastikan supaya apabila kita bentangkan di Parlimen, ia benar-benar boleh membawa manfaat kepada sektor gig khususnya kepada perlindungan pekerja gig,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama di Pejabat Biro Pulau Pinang di sini.


Sehubungan itu, beliau berkata Kesuma kini mengadakan jerayawara di seluruh negara untuk berbincang secara komprehensif dengan pihak berkepentingan bagi mendapatkan input tambahan.

Steven memaklumkan terdapat 1.12 juta pekerja gig di Malaysia dan 146 penyedia platform merangkumi 127 platform tempatan serta 19 daripada luar negara.


Seramai 678,000 pekerja gig daripada 20 sektor mencarum dalam Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setakat 2 Ogos tahun lepas termasuk 145,232 pencarum sektor pengangkutan penumpang dan 96,224 pencarum sektor pengangkutan barangan dan makanan.

Pada 22 November lepas, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan memaklumkan pembentangan RUU Pekerja Gig, dijadual dibentangkan di Parlimen pada Disember 2024, ditangguhkan untuk membuka ruang dan peluang bagi lebih banyak sesi libat urus dengan pihak berkepentingan. - Bernama


https://www.sinarharian.com.my/article/708339/berita/nasional/ruu-pekerja-gig-dibentangkan-parlimen-akan-datang


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.299884 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list