CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23121|Reply: 18

‘Hamil, cukuplah mempersoalkan tentang itu’ - Zehra Zambri

[Copy link]
Post time 22-1-2025 10:32 PM | Show all posts |Read mode



Menafikan dirinya hamil, penyanyi Zehra Zambri sebaliknya meminta khalayak tidak lagi mempersoalkan keadaaan fizikalnya yang agak berisi akibat sukar menurunkan berat badan selepas bersalin dua tahun lalu.


Akui Zehra, 38, tekanan kerja dan kesibukan menguruskan anak kecil juga menyumbang kepada hasratnya untuk kembali memiliki berat badan ideal, tambahan pula dia melahirkan anak secara pembedahan.


“Adakah saya hamil? Jawapan empunya diri adalah tidak!


“Jadi, cukuplah mempersoalkan tentang itu, saya akui masih belum dapat berat badan ideal selepas melahirkan anak secara ’emergency czer’ pada 21 Oktober 2022.


“Saya mengalami kenaikan berat badan mendadak dan tidak menjaga kesihatan diri akibat tekanan kerja serta dalam masa sama sibuk menguruskan bayi saya sendiri,” katanya dalam hantaran Instagram.


Pelantun lagu Semalakama turut memohon maaf dengan penampilannya di pentas Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) minggu kesembilan yang menampakkan bahagian perut sehingga disangka hamil.


Selepas ini, dia akan lebih berhati-hati dengan pemilihan pemakaian selaku wanita muslimah yang berhijab.


“Saya ingin memohon maaf jika ada yang kurang senang dengan imej dan penampilan saya ketika dendangkan lagu Nour El Shams pada konsert minggu lalu.


“Saya ambil maklum pandangan kalian yang mengkritik stail hijab dan busana saya. Insya-Allah di masa akan datang saya akan lebih cakna serta berhati-hati dalam pemilihan pakaian sebagai wanita berhijab.


“Terima kasih semua atas teguran kerana kasih sayang kalian terhadap diri saya. Moga kita semua sentiasa di bawah rahmatNya.


Minggu lalu, Zehra menyelesaikan tugasan dengan lagu arab berjudul Nour El Shams dan mengenakan pakaian ketat sehingga terlihat bentuk perut seakan-akan sedang hamil.


Dia juga mengenakan tudung menampakkan bahagian leher dan telinga yang membuatkan peminat tidak senang dengan fesyen tersebut.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2025 11:54 AM | Show all posts
lepas open surgery/ czer mmg kena jaga betul2 kalau tak perut mmg akan jadi besar.
aku pun lepas 2 tahun operate, bentuk perut masih lagi menyakitkan hati
sebabnya aku tak jaga post-recovery, tak jaga makan, dan kurang senaman.

apa pun semoga Zehra perbaiki pemakaian utk persembahan minggu seterusnya. kena tegas dgn designer taknak yg ketat2 atau terlalu menayang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak macam tak happy dgn diri sendiri. You make that life choice so kalau org tanya u pregnant ke u rasa offended turunkan la berat badan. Org yg happy dgn diri sendiri will let it slide je.. knowing that you don't need to justify anything kan. Cakap jela bukan pregnant.. just terlebih makan.. then move on.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 12:25 PM | Show all posts
mesti sakit czer kan

susah nak turun berat bhgn perut
beranak normal pun sama
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 12:27 PM | Show all posts
anakpakmaun replied at 23-1-2025 04:25 AM
mesti sakit czer kan

susah nak turun berat bhgn perut

Beranak mmg sakit, ikutlah mana2 pon. Yg kata itu tak sakit, ini tak sakit, sebenarnya sakit. Lepas tu dah boleh stop kot mentaliti u failed as a human kalau gemok gedempol, body tak cantik selepas melahirkan. Our body, our choice. Ikutkan semua orang nak cantik2. Tapi takde satu kitab pon mengatakan kalau gemok, gelebeh tu tak cantik. Laki dia tgk cantik je.

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg muncit perut dia. Aku igt dia ngandung. Tp dh kata bukan, jadi ok, faham.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2025 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
She ok ke dgn laki ?

Last 2 weeks awat she nangeh kt stage ?

Org tanya, she takmau jwb

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 04:49 PM | Show all posts
ko retis kot
in fact masa di rtm sbg newscaster confirm ada masuk grooming bagai
tak memasal org assume benda yg tak sepatutnya


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2025 09:37 AM | Show all posts
Edited by lasagna at 24-1-2025 09:39 AM
babynina30 replied at 23-1-2025 04:27 PM
She ok ke dgn laki ?

Last 2 weeks awat she nangeh kt stage ?

ehh sheol dah berpisah dgn husband 1st dulu uols,
sheol prnh cite kat gv juga hari tu.
tapi prnh dgr sheol re-married,
tp tak tau laa status gimana skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 05:31 PM | Show all posts
lasagna replied at 24-1-2025 09:37 AM
ehh sheol dah berpisah dgn husband 1st dulu uols,
sheol prnh cite kat gv juga hari tu.
tapi prnh dg ...

owhh dh bercerai ke.. fahamm
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
downiey replied at 2-2-2025 05:31 PM
owhh dh bercerai ke.. fahamm

Kalau ikutkn yg dia cerita di GV Tu ,dia cerai dgn suami pertama 2018 ,kawen semula 2021 .Rasa masih bersama suami skrg kot
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 03:05 AM From the mobile phone | Show all posts

Dari zmn berambut lepas sampai la berkatup..tetap tak lawa.
Sorry dear
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Zehra ni fashion sense dia ke laut kot..
Aku perasan since minggu menari lagu ala ala latin tu..baju merah pakai suar besar pastu menari terkangkang kangkang..bunda pun cakap tak elok dipandang.

Minggu nour el syams pulak baju nampak perut..menari all out jugak..

Malam tadi pakai balik seluar besar goboh..ngan baju cutting bawah pinggang..sebelum tu dah elok skirt atas pinggang..menari jugak sampai m.nasir kata try hard. Mmg nampak dia selalu menari bersungguh sungguh beno..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Zehra over
Nnpk cheapo
Gaudy much

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 11:38 AM | Show all posts
finally toksir ckp dia try too hard, tp yg kelakor toksir berkias-kias..
terus muka sheol berubah smlm
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
minggu rockdut lg teruk, bergegaq serba serbi pya menari.. malu la tengok. Dah tau badan tu xbrp slim, pakai la baju yg sesuai & nmpk vogue.. hmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2025 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
siza71 replied at 3-2-2025 07:58 AM
minggu rockdut lg teruk, bergegaq serba serbi pya menari.. malu la tengok. Dah tau badan tu xbrp sli ...

la aku ingat aku sorang je rasa teruk..dari segi vokal yes tak dinafikan suara she sedap tapi dari segi show menari-nari betul la kata toksir tryhard sangat..she very the vibe akak2 keje bank akak2 gavement muka rtm sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
jihah_kudat replied at 3-2-2025 04:10 PM
la aku ingat aku sorang je rasa teruk..dari segi vokal yes tak dinafikan suara she sedap tapi dari ...

setuju sgt.. mmg nmpk try hard gila& nmpk buruk tp umah fb puji melambung2 pulak
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 05:17 AM | Show all posts
pauliza replied at 2-2-2025 05:40 PM
Kalau ikutkn yg dia cerita di GV Tu ,dia cerai dgn suami pertama 2018 ,kawen semula 2021 .Rasa mas ...

owhhh fahammm.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.074885 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list