View: 38883|Reply: 1
|
[Dunia]
Guru besar mati dibunuh ex BF kepada tunang sendiri
[Copy link]
|
|
JAKARTA – Seorang guru besar sebuah sekolah rendah mati dibunuh oleh bekas teman lelaki tunangnya dalam kejadian di wilayah Kalimantan Selatan, Indonesia, lapor laman berita Tribun Medan hari ini.
Budi Irawan Kepsek, dibunuh oleh seorang lelaki dikenali sebagai MA alias Ugun selepas pinangan suspek ditolak oleh tunang mangsa.
Suspek dikatakan masih mengharapkan cinta wanita yang dikenali sebagai R itu walaupun pinangannya telah ditolak.
Menurut ketua polis tempatan, Jupri JHP Tampubolon, mangsa pada awalnya sudah membuat laporan polis yang mengatakan bahawa dia menerima ugutan daripada suspek.
Kata Jupri, guru besar itu pada malam Isnin lalu pergi ke warung milik bakal isterinya, menyebabkan dia diserang oleh suspek menggunakan sebilah parang sebelum melarikan diri.
“Kami sudah meminta pelaku dan keluarganya untuk menyerah diri,” kata Jupri.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku harap ini komen terakhir dalam thread isu sampah semasa dari indon ni.
Seruan supaya jangan komen! Send the right message to Cari algorithm.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|