![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20250131/lbg-ub310125-dm-pemudapdpbantubanjir1.jpg)
Yeo (tengah) bersama Exco Pemuda PDP turun padang membantu mangsa banjir di Miri.
LIMBANG: Pemuda Parti Demokratik Progresif (PDP) turut menggerakkan misi bantuan bagi membantu mangsa-mangsa yang terjejas banjir di Miri.
Ketua Pemuda PDP Nasional David Yeo Ang Lim dalam satu kenyataan kepada media semalam berkata, misi bantuan dijalankan bersama Exco Pemuda PDP untuk menilai keperluan serta menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang terjejas.
“Pemuda PDP turun padang bagi memantau keadaan semasa di kawasan Miri susulan bencana yang melanda.
“Kita ingin memastikan bantuan dapat disalurkan dengan berkesan dan tepat kepada mereka yang memerlukan,” katanya.
Selain itu, misi ini turut melibatkan anggota bomba, polis serta beberapa agensi berkaitan yang bekerjasama dalam usaha menyelamat dan membantu mangsa bencana.
“Mari kita terus bersatu dan berdoa agar keadaan kembali pulih.
"Bersama kita kuat, bersama kita bantu,” katanya.
|