CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20883|Reply: 0

[Sarawak] Paras air di sekitar Kapit menurun

[Copy link]
Post time 2-2-2025 11:42 PM | Show all posts |Read mode


Anggota APM turut melakukan pemantauan banjir di Kampung Baru, Kapit. - Gambar APM Daerah Kapit

SIBU: Paras air di kawasan berisiko banjir sekitar  daerah Kapit, termasuk Kampung Muhibbah, Bleteh dilaporkan menunjukkan trend menurun berdasarkan pemantauan yang dijalankan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kapit pagi hari ini.

Menurut laporan APM Daerah Kapit, pemeriksaan yang bermula jam 10.16 pagi hingga 11 pagi itu mendapati tiada peningkatan paras air di kawasan pemantauan.

Antara lokasi yang dipantau adalah Terminal Bot Ekspres Kapit di Sungai Rajang, Kampung Baru Kapit, Jalan Utama Rumah John Ramba di Sungai Sesibau dan Kampung Muhibbah di Bleteh.

Di Terminal Bot Ekspres Kapit, bacaan paras air Sungai Rajang dicatatkan pada 12.5 meter, menunjukkan penurunan berbanding sebelum ini manakala bacaan di stesen hidro Kapit New Headworks juga menunjukkan tanda-tanda penurunan dengan catatan 14.62 meter (status amaran).

Di Kampung Baru Kapit, Jalan Utama Rumah John Ramba dan Kampung Muhibbah Bleteh, tiada bacaan paras air direkodkan.
Pemantauan diketuai Lans Koperal (PA) Mohd Ismadi Yusoff bersama tiga anggota lain yang turut menjalankan rondaan menggunakan ambulans.

Sehingga laporan ini dikeluarkan, keadaan keseluruhan di kawasan pemantauan adalah terkawal dan tiada sebarang insiden kecemasan dilaporkan.

Orang ramai yang berada di kawasan berisiko banjir dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa.

Jika berlaku sebarang kecemasan, laporkan melalui MERS 999 atau hubungi PKOD Kapit di talian 084-796330.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.052953 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list