CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19718|Reply: 0

[Sarawak] Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 12,486

[Copy link]
Post time 3-2-2025 01:10 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 2-2-2025 05:11 PM



KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak bertambah kepada 12,486 orang setakat jam 8 pagi ini dengan 62 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih aktif.

Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), tujuh bahagian terjejas dengan Bintulu merekodkan jumlah mangsa tertinggi seramai 5,885 mangsa yang ditempatkan di 9 buah PPS.

Serian merekodkan jumlah mangsa banjir kedua tertinggi seramai 2,307 mangsa yang ditempatkan di 19 buah PSS manakala  Samarahan merekodkan jumlah mangsa banjir ketiga tertinggi seramai 2,005 mangsa di 14 buah PPS.

Di Kuching hanya tiga PPS dibuka melibatkan mangsa seramai 475 orang manakala di Miri merekodkan seramai 650 mangsa banjir di 10 buah PPS.

Manakala di Sibu sebanyak 6 buah PPS masih aktif melibatkan seramai 1,163 mangsa.

Selain PPS banjir, turut dibuka tiga buah PPS bagi bencana tanah runtuh di Miri Dan Bintulu serta sebuah PPS di Sibu bagi menempatkan mangsa kebakaran.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.248738 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list