CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19650|Reply: 0

[Sarawak] Penduduk Rh Rebi Rinaw adakan Majlis Gawai Mangkong Tiang

[Copy link]
Post time 3-2-2025 01:23 AM | Show all posts |Read mode


Harden disambut dengan adat tradisi masyarakat Iban di Rh Rebi Rinaw bagi Majlis Gawai Mangkong Tiang.

KUCHING: Penduduk rumah panjang (Rh) Rebi Rinaw di Kampung Stumbin B, Sri Aman mengadakan Majlis Gawai Mangkong Tiang sebagai tanda kesyukuran genap 10 tahun usia rumah panjang mereka sejak dibina pada 2015.

Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis hadir merasmikan majlis tersebut bersama penghuni rumah panjang tersebut pada Jumaat lepas.

Rumah panjang tersebut dihuni 21 keluarga dan didirikan dengan bantuan RM10,000 sekeluarga daripada Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak di bawah Skim Pinjaman Rumah Panjang.

Dalam ucapannya Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata berkata kesabaran penduduk, rumah panjang tersebut dapat didiami selang tiga tahun selepas dibina.

“Saya ucapkan tahniah kepada penduduk rumah panjang ini kerana berjaya menyiapkan rumah panjang baru ini meskipun berdepan dengan pelbagai rintangan termasuk pandemik Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Harden berjabat tangan dengan penghuni Rh Rebi Rinaw yang menyambut ketibaan beliau bagi Majlis Gawai Mangkong Tiang.

“Saya berharap penduduk rumah panjang akan terus bersatu dan bekerjasama dalam apa juga program yang diadakan pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu majlis tersebut turut dihadiri penduduk dari 16 buah rumah panjang berdekatan.

Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Sri Aman, Michaelson Nyisin turut hadir bersama Ketua Masyarakat Iban Daerah Sri Aman, Pemanca Denneil Saweng serta yang lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.735105 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list