Warga emas melecur dalam kebakaran bengkel
BERNAMA
ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah bengkel kenderaan di Kampung Lahar Ikan Mati, Kepala Batas. FOTO Ihsan JBPM
Kepala Batas: Seorang lelaki warga emas melecur di bahagian belakang badan dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah bengkel kenderaan di Kampung Lahar Ikan Mati, di sini, pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohamad Shoki Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan, 7.18 pagi.
"Kebakaran membabitkan sebuah bengkel berkeluasan 22.3 meter persegi dengan anggaran kemusnahan 80 peratus.
"Kebakaran turut membabitkan beberapa kereta. Seorang mangsa berumur 64 tahun melecur pada bahagian belakang badan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya dihubungi.
Api berjaya dikawal jam 7.30 pagi manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Disiarkan pada: Februari 2, 2025 @ 4:17pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/02/1183080/warga-emas-melecur-dalam-kebakaran-bengkel
|