![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20250201/sbw-ub01025-fn-tiang-p1.jpg)
Tiang turun padang melawat kerja-kerja pembaikan jalan berlubang di Jalan Ulu Sungai Merah.
SIBU: Pusat Khidmat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Pelawan yang diketuai Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang bertindak pantas terhadap keadaan jalan berlubang di Jalan Ulu Sungai Merah.
Tiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan bersama pegawai pusat khidmatnya telah turun padang melawat kerja-kerja pembaikan jalan berlubang itu (Jalan Ulu Sungai Merah).
“Jalan berlubang tersebut telah dibaiki bagi memastikan keselamatan pemandu yang menggunakan jalan itu.
“Sebuah tanda amaran dan penghalang telah diletakkan,” katanya menerusi Facebook pusat khidmatnya.
Keadaan banjir di kawasan itu telah menyukarkan pengguna jalan raya untuk melihat jalan berlubang dan mendatangkan bahaya.
|