CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7960|Reply: 0

[Sarawak] Warga Bintulu pamer solidariti bantu bersih rumah selepas banjir

[Copy link]
Post time 3-2-2025 09:38 AM | Show all posts |Read mode


BINTULU: Keadaan banjir di beberapa kawasan di sini mula pulih sejak kelmarin dan penduduk yang terjejas telah memulakan kerja-kerja pembersihan rumah masing-masing.

Kerja-kerja mencuci rumah turut dibantu keluarga dan sahabat yang tidak terkesan sebagai menunjukkan solidariti yang kuat dalam kalangan masyarakat ketika mereka diuji dengan bencana itu.

Pesara polis, Binar Berayan dari Jade Garden di sini berkata dia bersama anak lelakinya turut membantu jiran yang terjejas akibat banjir.

“Semalam sehari suntuk kami sibuk membantu rakan-rakan di sini membersihkan rumah. Syukur kawasan lorong rumah saya tidak dinaiki air tapi kami rasa terpanggil untuk membantu rakan-rakan yang terjejas,” katanya ketika dihubungi.

Aktivis pecinta haiwan dan pempengaruh tempatan, Francis Ngu Hown Hua turut bersyukur kerana ada pengikut di media sosialnya yang datang untuk membantu membersihkan kedai runcit miliknya di kawasan pangsapuri Pine Court.

“Nasib ada yang datang membantu sebab banyak barang jualan yang rosak perlu dibuang. Kedai juga perlu dibersihkan. Musnah semuanya tapi tak apa janji kita selamat,” katanya menerusi rakaman video di laman Facebook.

Kembuan Thomas, 65, pula berkata kerja-kerja membersihkan rumah selepas banjir amat memenatkan apatah lagi jika tiada yang membantu.

“Sekarang saya sudah sakit-sakit badan selepas membantu membersihkan rumah anak lelaki saya di Tanjung Batu semalam. Hari ini kami menyambung kerja-kerja pembersihan di rumah anak perempuan pula di Sebiew,” katanya ketika dihubungi.

Kembuan berkata kerja-kerja pembersihan rumah anaknya di Sebiew itu agak mencabar kerana air telah naik hingga ke paras hampir mencecah bumbung.

Dia juga berharap agar masyarakat sama-sama membantu rakan atau jiran mereka yang terkesan banjir agar mereka dapat kembali ke rumah selepas pusat pemindahan sementara ditutup.

“Majikan juga diharap dapat memberikan cuti kepada pekerja yang menjadi mangsa banjir untuk membolehkan mereka membersihkan rumah masing-masing,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.119100 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list