View: 17463|Reply: 1
|
[Tempatan]
Makcik menyamar jadi tetamu kenduri, rembat beg penuh wang tunai
[Copy link]
|
|
Kemeriahan majlis kenduri membuka peluang kepada seorang wanita untuk mencuri barang berharga milik tuan rumah dalam kejadian pada Sabtu.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial, kelihatan wanita lanjut usia terbabit mundar-mandir di ruang tamu rumah, tatkala rata-rata hadirin sedang sibuk di luar.
Dia seolah-olah mencari sesuatu sebelum pergi ke bahagian almari dan mengambil beg tangan berwarna putih, dipercayai mengandungi wang tunai.
Sebelum meninggalkan ruang tamu, jelas dapat dilihat dia berjalan keluar rumah sambil memeluk erat beg tangan putih tersebut.
Difahamkan wanita itu menyamar sebagai tetamu dan 'berlakon' hendak menumpang tandas bagi membuang air kecil.
Helahnya itu ternyata berjaya apabila tuan rumah atau ahli keluarga yang lain langsung tidak berasa curiga dengannya.
Dikatakan tuan rumah mengalami kerugian sebanyak RM2,500 akibat tindakan makcik tersebut.
Dipercayai kejadian itu berlaku di Pasir Mas, Kelantan.
"Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai pencuri ini sila kongsikan," demikian rayuan pada hantaran tersebut yang meminta bantuan warga maya.
Melewati ke ruangan komen, warga maya percaya wanita itu sudah mahir selok-belok kediaman dan merupakan orang terdekat kepada keluarga tuan rumah.
"Nampak macam dia tahu nak cari dekat mana duit tu. Mesti dia dah banyak kali masuk ke dalam rumah, saya yakin ini mesti kerja kenalan atau saudara tuan rumah.
"Kalau waktu buat rumah terbuka, tolong simpan semua barang berharga di dalam bilik yang berkunci, kita tak tahu siapa yang keluar masuk rumah," kata warga maya.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
masa sepupu aku kawin pun ada yang merampok. gelang dan barang hantaran kecik2 habisssss. nangis la tuan badan. zaman takde cctv. hanya mampu meratib takde rejekii je lah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|