View: 10497|Reply: 16
|
Pembunuhan 3 Tahun Lalu Terbongkar! Berdoa Atas Tangki Kumbahan 2 Minggu Sekali Lepas Bunuh Isteri
[Copy link]
|
|
Perbuatan kejam seorang lelaki yang membunuh isterinya pada 2022 terbongkar apabila mayat pasangannya itu ditemukan di dalam tangki kumbahan di belakang rumah pada Rabu.
Mangsa, hanya dikenali sebagai AM ditemukan dalam keadaan menyayat hati dengan hanya tinggal rangka, namun pakaiannya seperti jaket dan baju masih belum terurai.
Kes pembunuhan kejam melibatkan seorang wanita.
Dalam kejadian di Bekasi, Indonesia itu, suspek dikenali sebagai Sunardi, 44, dikatakan pulang ke rumah terbabit selang dua minggu sekali untuk berdoa di atas tangki kumbahan berkenaan, sebagai penghormatan kepada isteri yang dibunuh.
Jurucakap polis, Kombes Mustofa berkata, motif pembunuhan adalah akibat rasa cemburu dan suspek mengesyaki mangsa bermain kayu tiga di belakangnya.
Mangsa merupakan isteri pertama suspek, selepas berkahwin, mereka berpindah ke daerah Bekasi dari kampung asal mereka di Banyumas, Jawa Tengah, Indonesia.
Pihak keluarga ada cuba mencari mangsa, namun suspek menipu dengan memaklumkan dia tidak mengetahui tentang keberadaan isterinya, seolah-olah hilang tanpa jejak.
"Apabila suspek dan mangsa berpindah ke rumah baharu ini, tiada sesiapa pun yang diberitahu, termasuk ahli keluarga terdekat.
"Disebabkan itu, penipuan suspek tidak menimbulkan sebarang keraguan kepada keluarga mangsa," ujar Mustofa.
Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat.
Sumber- mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Berdoa atas tangki septik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat kes di UK, laki kokesen bunuh wife Thai. Buang kat anak sungai sampai mayat mereput bertahun2 baru dijumpai sekumpulan hikers (yang memula tak perasan pun ada mayat tu siap bergambar dengan berbackgroundkan sungai ada mayat). After 15 tahun barulah mayat tu dikenalpasti (sebelum tu diberi gelaran the lady of the hills saja).
Then Januari 2025, barulah laki yang disyaki bunuh dia, ditangkap. Selepas berpuluh tahun tak silap dari tahun 2003 mangsa tu dibunuh. Ni pun selepas berbelas tahun family dan NGO Thai fight untuk justice. |
|
|
|
|
|
|
|
Jadinya macam mana boleh ketemu rangka tu? Berita tak lengkap atau meols yg tak faham? |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 6-2-2025 05:17 PM
Teringat kes di UK, laki kokesen bunuh wife Thai. Buang kat anak sungai sampai mayat mereput bertahu ...
tak pernah dgr lg kes ni,nak try cari la.. |
|
|
|
|
|
|
|
kaoru44 replied at 6-2-2025 09:59 AM
tak pernah dgr lg kes ni,nak try cari la..
Tengah hangat sekarang. Meols tak ingat nama mendiang tu but can google the lady of the hills. Laki dia jahat abusive controlling nak mampus. Tak mau cooperate dengan polis, tak mau ngaku ada kaitan apa2 dengan kematian wife dia, siap berani balik pi Thai jadik lecturer walaupun disyaki pembunuh. Dah tu halang keluarga wife nak bawak mayat wife balik Thai untuk kebumi di situ. Ei. Padan muka akhirnya ditangkap. Harap dapat dibuktikan dia bersalah. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 6-2-2025 06:42 PM
Tengah hangat sekarang. Meols tak ingat nama mendiang tu but can google the lady of the hills. Lak ...
ok..tq,tgh tgok dkt youtube.Kesian mangsa,lama jgk baru tahan suami dia tu. |
|
|
|
|
|
|
|
dah nape berdoa kat tangki septik??
dah bunuh tu move on je la...bodonya laa. sesia je 3thn membongak |
|
|
|
|
|
|
|
kaoru44 replied at 6-2-2025 10:59 AM
ok..tq,tgh tgok dkt youtube.Kesian mangsa,lama jgk baru tahan suami dia tu.
Meols pun tengok doku kat Youtube. Bila google, eh jantan jahat tu dah kena tangkap polis. Hepi meols. |
|
|
|
|
|
|
|
dia berdoa apa, takut roh bini jadi gentayangan kah |
|
|
|
|
|
|
|
iols speku heols kena kacau kot. tu yg heols mai dtg berdoa kot2 lah roh leh tenang2 dlm tangki.
|
|
|
|
|
|
|
|
tu dia aiols igtkan sungai yg besar tu rupanya small stream serupa parit je. mcm mana dorang perasan mayat tu? dah tggal rangka ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
IzzahF replied at 7-2-2025 12:40 AM
tu dia aiols igtkan sungai yg besar tu rupanya small stream serupa parit je. mcm mana dorang peras ...
Hagaknya. Kalau google online, ada gambar tu tapi mayat dah blurred out. Dah reput teruk katanya sampai forensik pun tatau apa sebab dia mati. Dah la laki dia tak report pun dia hilang so gomen UK pun tatau camna nak selesaikan kes tu. Sah2 la laki tu punya keja kan. Tapi tahun ni laki dia dah kena tangkap, ertinya deol dah jumpa la tu bukti mendiang mati dibunuh laki. |
|
|
|
|
|
|
|
owhh ada kat gugel tp blurred image. huduh muka lakinya pun
|
|
|
|
|
|
|
|
BoongaKertas replied at 7-2-2025 08:25 AM
iols speku heols kena kacau kot. tu yg heols mai dtg berdoa kot2 lah roh leh tenang2 dlm tangki. : ...
arghhh serammm...
dah la kat nusantara ni antu yindon&thai paling menakutkan |
|
|
|
|
|
|
|
IzzahF replied at 7-2-2025 05:19 AM
owhh ada kat gugel tp blurred image. huduh muka lakinya pun
Mendiang tu kalau tak silap orang Isaan @Isan, satu kaum dengan Lisa Blackpink - antara kaum/daerah paling miskin di Thai. |
|
|
|
|
|
|
| |
|