CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6116|Reply: 1

Jangkitan kuman, ibu Syazwan Zulkifly meninggal dunia

[Copy link]
Post time 9-2-2025 11:11 AM | Show all posts |Read mode
Syazwan Zulkifly berkongsi khabar duka kehilangan ibu tercinta, Allahyarham Rosnani Ali yang meninggal dunia sekitar pukul 9 malam Sabtu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada usia 63 tahun.

Menurut Syazwan atau Mohd Syazwan Zulkifly, 38, ibunya dimasukkan ke IJN sejak lebih sebulan lalu akibat komplikasi selepas terkena jangkitan kuman pada paru-paru.



"Sudah lebih sebulan di IJN. Mulanya terkena jangkitan kuman dan ia memberi kesan kepada injap jantung. Ibu saya juga ada masalah buah pinggang yang memerlukan rawatan dialisis," katanya ketika dihubungi mStar.

Reda menerima ketentuan, bagi Syazwan pemergian ibu juga bagaikan hilangnya satu kekuatan yang banyak memberi sokongan terhadap kerjaya seninya.

Tambah pelakon ini, sambutan Ramadan pasti berbeza selepas ibu pergi buat selamanya.

  


"Kehilangan ibu bapa ini adalah satu yang amat kita takutkan dan ia sudah terjadi pada saya. Saya ada dua adik lelaki dan ibu saya wanita dalam keluarga, jadi memang amat terasa bila dia tiada.

"Selama dalam industri, rezeki saya adalah berkat doa ibu. Sekarang saya dah tiada doa itu.

  


"Bulan puasa akan datang ini pasti berbeza dan saya risaukan bapa sebab kini dia tinggal seorang," luahnya.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh, Gombak.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2025 11:23 AM | Show all posts
Takziah. Innalillah hi wa inna ilaihi roji'un



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.572849 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list