View: 19748|Reply: 8
|
Sanggup ‘himpit’ polis lepas kantoi berdua-duaan dengan kekasih
[Copy link]
|
|
SEREMBAN – Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun nekad meloloskan diri daripada pemeriksaan polis di Garden Avenue, di sini semalam selepas perbuatannya berdua-duaan bersama teman wanita disedari anggota penguat kuasa tersebut.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, dalam kejadian pukul 7.15 malam, anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Seremban 2 melihat trak pikap jenis Toyota Hilux berhenti di tepi jalan berkenaan dalam keadaan mencurigakan.
Menurutnya, ketika pasukan cuba mendekati trak pikap itu, pemandunya memecut kenderaan dan melarikan diri menggunakan laluan bertentangan ke Jalan Kayu Ara.
“Suspek bertindak agresif dengan menghimpit anggota polis. Pemeriksaan lanjut mendapati suspek melarikan diri kerana panik berdua-duan bersama teman wanita.
“Suspek juga memandu kenderaan milik syarikat tanpa lesen memandu,” katanya kepada pemberita hari ini.
Tambah Mohamad Hatta, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan. Orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu
Sumber : KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
memandu kenderaan milik syarikat tanpa lesen memandu
hmm.. |
|
|
|
|
|
|
|
dh dpt keje dgn kompeni yg mampu pakai trak pikap,nape tak nikah kt sempadan je dik oii..
cm bodoh je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kanun menghalang tugas penjawat awam. |
|
|
|
|
|
|
|
Knp eh nk kacau org beromen sembunyi2 |
|
|
|
|
|
|
|
sbb type m
polis mostly type m
type cuma berani dgn type m je
|
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 12-2-2025 12:31 PM
sbb type m
polis mostly type m
type cuma berani dgn type m je
Mmg pon penguatkuasa ni berani dgn org melayu je |
|
|
|
|
|
|
|
abis la ko kena bedal dlm jel![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|