View: 4837|Reply: 0
|
[Tempatan]
Misteri Fakhira 'ghaib' lapan hari, ditemui dalam rumah kayu dihuni nenek
[Copy link]
|
|
Kluang: "Alhamdulillah anak saya selamat ditemui di sebuah rumah kayu dihuni seorang nenek sudah uzur dan seorang wanita kurang sihat kira-kira 11 malam tadi," ujar Norita Kasmin, 47.
Norita adalah ibu kepada Nur Fakhira Dania Zahir, 14, yang dilaporkan melarikan diri pada 11 malam Rabu minggu lalu, selepas merajuk ditegur ibunya.
Norita berkata, anaknya itu ditemui adik iparnya di Kampung Dato' Abdul Rahman Yassin di sini, selepas mendapat maklumat mengenai kehadiran kenderaan mencurigakan di rumah berkenaan.
"Adik ipar sudah melakukan risikan sejak tiga hari lalu dan mengambil nombor plat kenderaan berkenaan yang dilihat mencurigakan.
"Malam tadi, ketika adik ipar bertanya kepada penghuni rumah itu sama ada mereka ada melihat anak saya, nenek yang sudah uzur itu memaklumkan tidak tahu.
"Adik ipar kemudian menemui anak saya di dalam rumah itu lengkap berpakaian dan keadaannya baik. Cuma dia tak banyak bercakap.
"Ada seorang wanita yang kurang sihat berada dalam rumah itu dan adik ipar saya membawa pulang anak saya ke rumah," katanya.
Katanya, dia berterima kasih dengan semua pihak yang berusaha mencari anaknya itu.
Terdahulu, media melaporkan remaja itu dilaporkan melarikan diri dari kediaman keluarganya di Taman Lian Seng, di sini, dengan menaiki kereta Perodua Myvi.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|