View: 11179|Reply: 18
|
[Tempatan]
Petronas Tiada Rancangan Untuk Melakukan Pemberhentian Pekerja Secara Besar-Besaran
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang menilai langkah penyusunan semula saiz tenaga kerjanya yang turut melibatkan pendekatan daripada peringkat tertinggi hingga peringkat terendah.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata syarikat itu berhasrat untuk memuktamadkan strategi penyusunan semula saiz tenaga kerjanya menjelang pertengahan 2025.
"Pada separuh kedua tahun ini, anda akan menyaksikan struktur organisasi ini dilaksanakan secara berperingkat. Saya ingin menegaskan bahawa langkah ini tidak bertujuan untuk mengurangkan pekerjaan sebanyak 15,000 hingga 16,000," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas pengumuman prestasi kewangan Petronas bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 hari ini, beliau menafikan dakwaan bahawa langkah penyusunan semula ini akan memberi keutamaan kepada pengurusan atasan sehingga menjejaskan pekerja lain.
Menurutnya penyusunan semula ini akan membabitkan seluruh peringkat.
"Sebahagian pihak mengatakan ini merupakan langkah perlindungan, dengan pengurusan atasan akan dilindungi manakala mereka yang tidak mempunyai kuasa dalam keputusan berkenaan akan terkesan jika kami memutuskan pelaksanaan penyusunan semula ini.
"Kumpulan pertama yang akan terkesan adalah daripada pihak pengurusan dan seterusnya," katanya.
Mengulas kebimbangan mengenai langkah mengurangkan pekerjaan, Tengku Muhammad Taufik menegaskan bahawa tidak ada perancangan untuk memberhentikan pekerja secara besar-besaran.
Sumber : Sinar Harian
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudah urusan buat MEREKA yang terlibat (affected).... |
|
|
|
|
|
|
|
Issssshhhhh takkan la perkara ini berlaku di zaman kegemilangan ekonomi madani |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak kerja dgn company lanyard, tapi deyols tak nak aku. Jadi aku kerja dgn competitor. Ada staf lanyard direct tanya aku, gaji dalam usd ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by green~tea at 26-2-2025 01:52 PM
sharlenetexas replied at 26-2-2025 12:43 PM
Aku nak kerja dgn company lanyard, tapi deyols tak nak aku. Jadi aku kerja dgn competitor. Ada staf ...
Aku dulu2 pernah nak apply sapura sbb GAH.... hujung2 skang, sejak 2018 asek demam tak kebah2.. mujur tak lingkup bungkus ikat tepi je....  |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke yang dulu kontrak dah Serap masuk permanent tetiba begini pulak… |
|
|
|
|
|
|
|
So mmg betul ke pasal vss tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Ai_kiu replied at 26-2-2025 01:41 PM
So mmg betul ke pasal vss tu?
Takde pun lah.. yo yo ooo je duk bergosip hujung2 takde pape.. kalo separation package sbb LOW PERFORMANCE tu biasa laaa sejak 2009 pun tiap2 tahun mmg buat.. |
|
|
|
|
|
|
|
untung berpuluh billion pun tak menjamin masa depan yer bila your account tu, government yang pegang.
Simpati pada yang terkena nanti. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 26-2-2025 01:50 PM
Takde pun lah.. yo yo ooo je duk bergosip hujung2 takde pape.. kalo separation package sbb LOW P ...
Oo separation package namanya.. tu pun due to low performance.. maka logik la jugak
Vss segala tu gossip saje
Tenkiu kaka atas pencerahan
|
|
|
|
|
|
|
|
Ai_kiu replied at 26-2-2025 01:55 PM
Oo separation package namanya.. tu pun due to low performance.. maka logik la jugak
Vss segala tu ...
July onwards baru nak study new structure dengar2 nya.... itu pun frontliners especially technical staff not involved..
Ni geng2 mcm project, digital, finance, procurement, risk, hr gitu je kot affected dgn new structure |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi Warga indon terkecewa! |
|
|
|
|
|
|
|
hello? kalau vss pun bukan sikit2 ye |
|
|
|
|
|
|
|
ayukpingu replied at 26-2-2025 01:54 PM
untung berpuluh billion pun tak menjamin masa depan yer bila your account tu, government yang pegang ...
Terkini, PETRONAS mengumumkan keuntungan bersih tahun 2024 ialah RM55.1 billion berbanding RM80.7 billion pada tahun sebelumnya iaitu penurunan sebanyak 32 peratus. |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia jgn lah ambil laluan EV, kita kan pengeluar minyak..mengapa harus tunduk kpd desakan yahudi? |
|
|
|
|
|
|
|
nuryakmal replied at 26-2-2025 08:25 PM
Pd&t start dulu kan
Yes... dengar2 nya diorang dulu lah kott.. banyak projek tak viable dah sbnrnya and cost escalated sbb gold plating standards & climate change rules regulation, policies... oh well the enablers are not enabling... gittewwwww |
|
|
|
|
|
|
|
Ape nasib anak pakcik yang disumbat anak nya dapat PET semasa bapak nye masih bertugas  |
|
|
|
|
|
|
| |
|