CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29583|Reply: 4

[Tempatan] Penjawat awam pulang setengah jam awal sepanjang Ramadan

[Copy link]
Post time 28-2-2025 10:05 PM | Show all posts |Read mode



PUTRAJAYA – Penjawat awam diberi pilihan untuk pulang setengah jam lebih awal daripada waktu bekerja sebenar sepanjang bulan Ramadan ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, arahan itu diputuskan menerusi peraturan waktu bekerja fleksi yang telah dimuktamadkan sebelum ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, penjawat awam boleh merujuk lanjut perkara itu dengan ketua bahagian masing-masing.

“Penjawat awam mereka boleh rujuk sama ada ketua bahagian mereka ataupun (ketua) jabatan, TKSU (Timbalan Ketua Setiausaha) ataupun KSU (Ketua Setiausaha) kementerian untuk penjelasan sekiranya mereka belum lagi mengisi borang tersebut ataupun memaklumkan pilihan mereka.

“Jadi, insya-Allah sepanjang bulan Ramadan bagi penjawat awam yang memilih waktu bekerja fleksi opsyen B mereka boleh balik 30 minit lebih awal. Tapi kerja mesti siap,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, penjawat awam boleh memilih untuk kekal dengan waktu bekerja sedia ada atau memendekkan waktu rehat selama 30 minit dan pulang ke rumah 30 minit lebih awal.

Maklumat lanjut mengenai waktu bekerja fleksi seperti yang termaktub dalam pekeliling perkhidmatan iaitu di https://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2019/pp052019.pdf.

Sumber – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2025 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
federal baru start buat ke balik setengah jam awal ni? selama ni meolls ingat mmg amalannya cenggitu. sbb ofis meolls dah bertahun balik setengah jam awal masa ramadan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Waktu keje fleksi  bulan ramadan ni dah bertahun2 diamalkan. Sejak zaman pak lah or najib jadi pm rasanya. Tapi aku rasa kasik la penjawat awam yg ade famili ni balik awal. Yg single tu balik la mcm biasa so kurang sikit jem area putrajaya ni. Kawan aku pernah ngadu nak kuar dari parking opis ke main gate kompleks pun almost sejam
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
bestnyaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama praktik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.128237 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list