CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5322|Reply: 0

Buka Aib Pasangan Di Media Sosial Bawa Fitnah, Perpecahan Dalam Keluarga

[Copy link]
Post time 1-3-2025 06:32 PM | Show all posts |Read mode

PUTRAJAYA: Perbuatan membuka aib pasangan di khalayak ramai terutama di media sosial bukan sahaja menjejaskan maruah diri dan keluarga, tetapi bertentangan dengan ajaran Islam serta nilai-nilai murni dalam masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata dalam dunia serba canggih hari ini, media sosial sering digunakan untuk meluahkan perasaan dan berkongsi kisah hidup.

"Bukan semua perkara perlu dipertontonkan di media sosial," katanya kepada Bernama berhubung video tular seorang pempengaruh mencabar suaminya untuk minum susu badan dengan menawarkan sejumlah wang.

Mohd Na'im berkata, membuka aib pasangan di media sosial bukan penyelesaian, begitu juga dengan trend mencabar suami kerana ia boleh membawa kepada fitnah, kebencian dan perpecahan dalam keluarga serta masyarakat.

"Lebih membimbangkan, ia boleh menjadi sebab hilangnya keberkatan dalam rumah tangga dan mencetuskan mudarat lebih besar, termasuk kes perceraian tidak terkawal," katanya.

Beliau berkata, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan penerangan berkaitan isu berkenaan dalam Bayan Linnas Siri 308 yang menyatakan Jabatan Mufti Mesir selari dengan pandangan Mazhab Hanafi bahawa hukum suami meminum susu isteri adalah haram berdasarkan hujah susu adalah sebahagian anggota manusia.

"Bahagian anggota manusia tidak boleh dimanfaatkan melainkan untuk keperluan darurat. Oleh itu, dapat difahami meskipun tidak berlaku pensabitan mahram, perbuatan suami meminum susu isteri tanpa sebab yang munasabah dianggap sebagai sesuatu yang tiada keperluan," katanya.

Beliau berkata, pensyariatan penyusuan ibu kepada bayi berumur dua tahun ke bawah adalah tuntutan penting demi memastikan perkembangan dan tumbesaran yang sihat, dan sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan hak bayi terhadap susu ibu, termasuk trend mencabar suami untuk menghabiskan susu badan isteri adalah tidak wajar dan perlu dielakkan.

Mohd Na'im berkata, dalam riwayat Muslim terdapat hadis yang mengajar agar sentiasa menjaga aib pasangan kerana perkahwinan adalah amanah yang perlu dipelihara.

"Saya menyeru agar kita semua mengambil pendekatan lebih matang dan bertanggungjawab dalam menangani isu rumah tangga.

"Lindungilah maruah keluarga dan jagalah hubungan suami isteri dengan kasih sayang serta kesabaran. Islam mengajarkan kita untuk menjadi pasangan yang membahagiakan mengikut syariat Islam," katanya.

Sumber:Berita Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.477364 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list