View: 8378|Reply: 1
|
16 Kali Kalah, Diane Warren Kecewa Gagal Genggam Trofi Anugerah Oscar
[Copy link]
|
|
IMPIAN komposer terkenal Diane Warren membawa pulang trofi Anugerah Oscar apabila dia sekali lagi gagal berbuat demikian.
Pada edisi ke-97 acara berprestij itu, Diane mencatat rekod baharu apabila 16 kali kalah sejak kali pertama dicalonkan pada 1987.
Lagu ciptaannya berjudul The Journey yang menjadi lagu runut bunyi OST filem Netflix iaitu The Six Triple Eight kalah ditangan komposer asal Perancis Clement Ducol dan Camille.
Pasangan komposer duo itu memenangi kategori itu menerusi lagu berjudul El Mal.
Walaupun hasil kerjanya tidak mendapat pengiktirafan Anugerah Oscar, Diane kekal sebagai komposer paling banyak dicalonkan dalam kategori tersebut mengalahkan Marilyn Bergman.
Untuk rekod, Diane banyak menghasilkan lagu popular untuk artis seperti Celine Dion, Aerosmith, Cher, LeAnn Rimes, Mariah Carey dan Beyonce.
Sebanyak sembilan buah lagu ciptaannya menduduki tangga pertama carta Billboard Hot 100.
Malah Diane satu-satunya komposer yang menggubah sepenuhnya semua lagu-lagu ciptaannya yang menduduki tangga pertama carta Billboard Hot 100.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|