View: 8297|Reply: 4
|
Panel dinding LRT Masjid Jamek runtuh akibat hujan ribut
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Panel dinding stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek di sini dilaporkan runtuh ekoran hujan dan ribut melanda ibu negara petang tadi.
Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail) dalam kenyataannya berkata, insiden itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.
Katanya, perkhidmatan tren dan operasi stesen berjalan seperti biasa dan semua penumpang boleh meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.
“Kerja-kerja pembersihan dan baik pulih sedang giat dijalankan oleh pasukan fasiliti Rapid Rail.
“Satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian secara terperinci untuk memastikan struktur binaan Stesen Masjid Jamek selamat,” katanya.
Rapid Rail berkata, anggota polis bantuan tambahan ditempatkan di stesen berkenaan bagi melancarkan pergerakan penumpang.
“Rapid Rail memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi penumpang ketika ini.
“Sebarang perkembangan terkini akan dikemas kini menerusi media sosial Rapid KL,” katanya.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Yg viral bunyi letopan dlm train smlm sbb gapo ? |
|
|
|
|
|
|
|
Dinding sudah runtuh, kenapa tak puji kerajaan? |
|
|
|
|
|
|
|
Salahkan pekerja di kaunter tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau berlaku zaman najib dulu konfem ramai yang maki kerajaan raauah sambil kutuk melayu tak reti buat kerja
Tapi sekarang team baik yang memerintah.. so aman2 adja |
|
|
|
|
|
|
| |
|