CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10111|Reply: 6

[Tempatan] Seniwati Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM

[Copy link]
Post time 15-3-2025 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 15-3-2025 02:01 PM

Empat filem Sarimah berjaya diambil semula daripada syarikat produksi
Bernama
Diterbitkan:  Mar 14, 2025





Kementerian Komunikasi dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berjaya membantu seniwati legenda Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.


Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata filem Dia Ibuku, Jejak Bertapak, Kabus Tengah Hari dan Detik 12 Malam diambil oleh syarikat produksi terlibat di bawah perjanjian tayangan pada 1989.

Teo berkata pihak yang memiliki bahan filem berkenaan telah menyerahkan salinan dalam format cakera keras (HDD) kepada Finas untuk tujuan restorasi.

“Langkah ini membolehkan salinan filem diserahkan kepada Datuk Sarimah sebagai sebahagian daripada usaha memulihkan warisan seni negara,” katanya kepada pemberita pada program Ziarah Seni Madani Finas di kediaman anak Sarimah di Subang Jaya, Selangor hari ini.


Turut hadir CEO Finas Azmir Saifuddin Mutalib, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Industri, Kebajikan dan Data Industri Finas Rozaidi Abdul Jamil serta Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Freddie Fernandez.

Teo turut menyerahkan sumbangan wang tunai dan keperluan asas bagi meringankan beban Sarimah yang pernah menghidap kanser usus pada 2022.




Mengulas mengenai program Ziarah Seni Madani Finas, Teo berkata Sarimah merupakan penerima pertama program itu bagi tahun ini bersempena dengan Ramadan dan meraikan sambutan Hari Wanita Antarabangsa.

“Kita juga ingin memberikan penghargaan dan menunjukkan pengiktirafan yang tertinggi kepada tokoh-tokoh dan legenda anak seni tempatan seperti seniwati Sarimah.



“Program tahun ini kita sasarkan 100 orang penerima termasuk penyerahan sumbangan dalam program bersama Menteri Komunikasi Fahmi Fadzli nanti,” katanya.

Sementara itu, Azmir Saifuddin berkata perbincangan bagi mendapatkan semula salinan filem Sarimah dengan syarikat produksi terlibat berjalan hampir setahun sebelum pihak berkenaan bersetuju menyerahkannya kepada seniwati berkenaan.

“Filem berkenaan diambil menerusi perjanjian dengan satu pihak, dan pihak itu kemudiannya menjual filem berkenaan kepada pihak lain, kita berjaya kesan dan adakan perbincangan bersama mereka.

“Mereka setuju menyerahkan salinan filem itu dan membenarkan untuk karya itu disiarkan di RTM dengan bayaran fi selama setahun misalnya diberikan kepada Sarimah,” katanya.

Sebelum ini, Sarimah, 83, memohon seorang penerbit terkenal mengembalikan semula pita asal empat filem hasil karyanya yang diambil sejak 37 tahun lepas sebelum beliau meninggal dunia.

-Bernama



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-3-2025 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Abahmung at 15-3-2025 12:32 PM

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Bernama
Mac 14, 2025
  



SUBANG JAYA: Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani menerusi Kementerian Komunikasi yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.


Beliau yang sebak dan tidak mampu membendung air mata juga menyuarakan hasrat untuk bertemu dengan Perdana Menteri.


"Saya mengucapkan terima kasih terutama kepada Kerajaan Madani, khususnya kepada Perdana Menteri kita, saya tak dapat membalas budinya. Cuma Allah saja yang mampu membalas budi beliau (Anwar).


"Saya doakan beliau (Anwar) diberi kekuatan untuk menghadapi segala ujian, saya tak pernah berjumpa berdepan dengan beliau, hanya sekali itu pun kami berselisih ketika saya sedang merakam penggambaran filem," katanya ketika ditemui di rumah anaknya di sini hari ini, dalam program Ziarah Seni Madani Finas yang dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.


Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Industri, Kebajikan dan Data Industri Finas Rozaidi Abdul Jamil, dan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez.




Pada program itu, Teo turut menyerahkan sumbangan wang tunai dan keperluan asas bagi meringankan beban Sarimah yang kini pulih daripada kanser usus selepas disahkan menghidap penyakit itu pada 2022.
Teo berkata Kementerian Komunikasi akan berusaha menunaikan hasrat Sarimah untuk bertemu Perdana Menteri dalam tempoh terdekat.


Mengenai perkembangan kesihatan Sarimah, anak bongsunya, Yusarima Puteri Yusof, 54, berkata seniwati itu dimasukan ke unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital kerana penyakit diabetik, baru-baru ini.


Yusarima Puteri berkata selepas Sarimah dibenarkan keluar dari hospital, keadaan kesihatan pelakon filem "Madu Tiga" dan "Tiga Abdul" itu tidak begitu memberangsangkan dan memohon semua pihak, khususnya peminat untuk terus mendoakan kesejahteraan ibunya.


Pelakon ikonik era 1960-an dan 1970-an juga pernah membintangi pelbagai filem popular malar segar seperti "Ali Baba Bujang Lapok" dan "Labu Labi".
Sepanjang kariernya, Sarimah pernah merangkul pelbagai anugerah, termasuk Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaya 1970, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) kedua 1980 serta Anugerah Khas Seniwati Sepanjang Zaman FFM 32 pada 2022.- BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Production house mana tu?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling suka cerita dia ibuku. Memang org temerloh manjakan sgt anak, tknk anak rasa susah kononnya
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 02:02 PM | Show all posts
apesal Pee Eem2 lain tak bantu Seniwati ni sblm ni?

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 15-3-2025 12:51 PM
Paling suka cerita dia ibuku. Memang org temerloh manjakan sgt anak, tknk anak rasa susah kononnya

sama lah
m. Jamil anaknya dlm tu super comel
hahaha

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2025 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu lagi bukti di M'sia ni yang penat seniman yang kaya penerbit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.052481 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list