View: 8371|Reply: 12
|
[Jenayah]
Padah tendang isteri dan hentak anak perempuan, pilot darat sambut raya dalam penjara
[Copy link]
|
|
PARIT BUNTAR – Padah menendang isteri dan menghentak anak perempuannya hanya kerana berang dengan tindakan mereka mahu berbuka puasa di rumah mentua, seorang pemandu lori terpaksa akur untuk menyambut Aidilfitri tahun ini di dalam penjara.
Hukuman penjara 12 bulan itu dikenakan ke atas tertuduh, Muhammad Devan Abdullah, 33, selepas bapa kepada lapan anak itu mengaku bersalah bagi dua pertuduhan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas isterinya berusia 41 tahun hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan lebam di pipi kiri, sakit di leher dan dada di sebuah rumah di Jalan Abdul Raof, Parit Buntar pada pukul 2.30 petang, 8 Mac 2025.
Tertuduh juga didakwa menyebabkan kecederaan ke atas anak perempuannya yang berusia 10 tahun hingga mengalami lebam di pipi kiri dan kepala di lokasi, tarikh dan masa yang sama.
Bagi dua kesalahan tersebut, pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau dengan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Sumber – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
muallaf ke.. dah ler anak 8.
selalunya muallaf dpt bantuan raya dlm 1500 nk raya ni..
elok lah bpk siyal ni masuk penjara. aman sikit anak bini beraya tahun ni.
bubuh kat penjara jauh. tk yah dtg lawat pun. |
|
|
|
|
|
|
|
umur 33 anak dah lapan..
baran pun bini hadap nak beranak banyak-banyak ek.. |
|
|
|
|
|
|
|
igtkn type k rupanya type I
mna ada pilot...palat ada la |
|
|
|
|
|
|
|
Itu je puncanya?
Bagus le dpt beraya dkt penjara tahun ni |
|
|
|
|
|
|
|
lapan anak ko bangggggg... pitammm |
|
|
|
|
|
|
|
betul.. baran pun nak beranak banyak
rosak jiwa satu keluarga dia
|
|
|
|
|
|
|
|
sapeka replied at 13-3-2025 03:06 PM
Ramainya rakyat
Ok nie lawak
 |
|
|
|
|
|
|
|
TeropongThaico replied at 13-3-2025 02:56 PM
Itu je puncanya?
Bagus le dpt beraya dkt penjara tahun ni
Beraya sebagai perantau bolehlah nyanyi lagu raya ramai2 & save duit tak perlu belanja.
Kesian anak2 ysng ditinggalkan. |
|
|
|
|
|
|
|
itu je alasan nak hempuk anak bini??
iols kagum dgn pompuan setia dgn laki bekeng ni.anak2 caner laa agaknya ye, rapat ke tak dgn ayahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
plywood replied at 13-3-2025 03:15 PM
betul.. baran pun nak beranak banyak
rosak jiwa satu keluarga dia
Baran sebab banyak anak...masing2 nak baju raya 2 pasang.
Kena berusaha gigih sambil berpuasa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|