CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21770|Reply: 3

'Ramai doakan, tapi belum ada berita gembira' - Adira

[Copy link]
Post time 16-3-2025 05:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tatod at 16-3-2025 10:41 PM


Petaling Jaya: "Tiada berita gembira," kata penyanyi, Adira Suhaimi.

Demikian adalah jawapan diluncurkan oleh Adira apabila diminta mengulas kembali rujuk bersama bekas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red selepas Aidilfitri ini.

"Datuk Red jenis suka bergurau, dia juga suka main cakap saja. Misalnya, dalam sesi 'live', ada orang bertanya sama ada sudah berkahwin balik, rujuk ke? Dia akan jawab 'sudah'.

"Dia jenis sebegitu, dia akan jawab ya. Orang yang kenal, tahulah perangai dia macam mana. Jadi, tiada berita gembira daripada kami," katanya.


Adira mengakui, belum terfikir kembali berumah tangga buat masa ini.

"Ramai mendoakan, tapi belum ada berita gembira. Saya tidak lagi sampai tahap itu, belum fikir untuk ada orang lain.

"Apa yang boleh saya cakap, saya selesa hidup seperti ini. Saya tengah fokus nak besarkan anak-anak dan cari rezeki. Anak-anak saya ramai dan mereka sangat perlukan saya.

"Bagi saya, kalau ada jodoh, adalah... Kalau tiada pun tak mengapa," katanya yang ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Nova Music, 17 Eleven Music dan Future Music Entertainment, di sini.

Pada majlis berbuka puasa itu juga Adira melancarkan lagu raya baharu bersama Black Hanifah berjudul Syawal Rindu.

Syawal Rindu mengisahkan perasaan rindu dan kasih terhadap keluarga dan lebaran tidak dapat diraikan bersama orang tersayang.

Hasil ciptaan Rudy Nastia, Aiman Zaidi, Aizad Khan dan Kelana serta lirik oleh Aiman Zaidi, Syawal Rindu menampilkan harmoni vokal antara Black dan Adira.


Adira berkongsi rasa teruja dapat bekerjasama dengan Black dalam lagu ini.

"Saya amat bersyukur dapat berduet bersama Black. Saya dapat merasakan sinergi kami ketika rakaman, sekali gus mencipta satu suasana yang kreatif dan penuh semangat.

"Kami saling memberi inspirasi dan sokongan untuk menghasilkan karya bermakna dan berkualiti. Pada masa sama, saya juga berasa bersyukur dapat timba ilmu daripada Black, penyanyi yang berpengalaman dan berbakat dalam industri muzik.

"Dengan adanya kerjasama ini, saya yakin lagu ini akan menjadi karya istimewa dan mampu menyentuh hati peminat. Ditambah dengan liriknya cukup terkesan, saya berharap pendengar dapat lebih menjiwai sambutan Aidilfitri menerusi lagu ini," katanya.

Syawal Rindu terbitan Nova Music ini dilancarkan secara rasmi di semua platform penstriman muzik termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube, sejak 14 Mac lalu.


Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2025 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Meluatnya la aku tgk anak beranak adira ni dlm anak mami masak apa tu kt tb3suku
Jelas betul pprt ya dua beranak ni
Dah la pakai cincin gelang emas besarre gedabak ms tgh masak2...so jijik n so tacky
Mesti adira dan anak dia rs dah terpaling T20 la kalo masak2 pakai gelang emas besar mcm rantai sauh kapal kat port klang sana tu
And gigih  dua beranak ni la nk slang2 mcm gossip girl
Bitch, ko tu b40 sabahan jahh...takyah try hard sgt bleh tak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2025 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejap haritu rujuk balik. Kejap haritu kata cerai sbb marketing. Kejap haritu kata cerai sbb nak elakkan Adira hilang harta sbb Datuk Red kena sita. Mana satu oi
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 02:26 AM | Show all posts
I xtau la mata org lain, i tengok anak dia catwalk bersepai , sorry Adira i terjujur di situ....

Adira ni kerja mcm apa but pindah dari satu rumah sewa ke satu rumah sewa. Muda lagi takde ke plan nak beli rumah utk persediaan hari tua. Atau maybe dia x perlukan rumah di semenanjung sbb ada rumah keluarga di Sabah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.316099 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list