CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1432|Reply: 4

[Tempatan] 'Serbuan Perjumpaan Gay Berasaskan Maklumat & Risikan Sah' - Ketua Polis Kelantan

[Copy link]
Post time 23-7-2025 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
July 23, 2025 - 9:41 AM




Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat menegaskan  serbuan yang dilakukan di sebuah banglo terhadap perjumpaan gay bulan lalu adalah berasaskan maklumat risikan dan bukti yang sah, tanpa sebarang niat diskriminasi.

Memetik Berita Harian, beliau menyatakan tiada wakil penganjur dari badan bukan kerajaan (NGO) atau kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) ketika serbuan dilakukan di lokasi berkenaan.



Tambahnya lagi tiada sebarang maklumat yang menunjukkan program berkenaan mendapat kelulusan atau pemantauan daripada mana-mana pihak berautoriti.






“Maklumat yang diterima oleh PDRM Kelantan mendapati satu perjumpaan dan pesta gay akan diadakan di Kota Bharu, Kelantan. Hasil risikan dan temubual awam yang dijalankan oleh Pasukan Task Force PDRM Kelantan, jemputan itu dilakukan melalui WhatsApp dalam kumpulan tertentu.

“Kandungan jemputan itu antara lain bertulis “Program Gathering Komuniti Majlis Malam Mesra Komuniti & Santai-Santai” dan acara untuk jemputan itu adalah “Chil-chil membawang dan makan-makan”,” katanya.

Kandungan itu juga didapati tidak menyatakan pembabitan atau penganjuran daripada mana-mana badan rasmi seperti NGO, Klinik Kesihatan atau KKM.



Sumber Gambar: Facebook Polis Kontijen Kelantan


Memetik laporan itu lagi, Pasukan Task Force memantau di kediaman berkenaan sejak jam 5 petang. Apabila sekitar jam 8 malam kehadiran pengunjung meningkat lebih kurang 100 orang.

Majoriti pengunjung meninggalkan banglo tersebut pada jam 11 malam dan pasukan serbuan mula bertindak pada jam 1 pagi.

Pihak polis mendapati terdapat 20 individu di dalam banglo pada waktu itu. Mereka semua mengakui daripada kelompok gay.

Pada masa sama hasil semakan telefon bimbit kesemua mereka ini mendapati tiga daripada mereka memiliki video lucah membabitkan hubungan sesama jenis.


“Sebahagian daripada mereka juga mengaku pernah membabitkan diri dalam aktiviti seks sejenis. Ketiga-tiga lelaki yang memiliki bahan lucah berkenaan sudah dituduh mengikut Seksyen 292 kanun keseksaan dan sudah mengaku bersalah.

“Tujuan utama PDRM (melakukan serbuan) adalah menjaga ketenteraman awam dan juga nilai moral masyarakat.

“Pihak polis berharap penjelasan ini dapat menepis kekeliruan serta spekulasi yang tular. Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih dan terus memberi kerjasama kepada pihak berkuasa demi keharmonian negeri ini,” katanya.


|

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2025 04:07 PM | Show all posts
Damage control.

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2025 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis - 1
Kkm - 0


Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2025 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik2 bau tanah babat beropol ada ke yg hadiri program "outreach" tersebut?


Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2026 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.044674 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list