CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2438|Reply: 19

Selamat bertugas Prof...

[Copy link]
Post time 10-8-2025 06:18 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 10-8-2025 10:25 AM

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan guru vokal terkenal, Datuk Syafinaz Selamat dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bermula 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2026.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff, berkata pelantikan itu adalah satu penghormatan besar daripada universiti dan selaras dengan usaha membawa tokoh industri seni ke dalam ekosistem akademik.

"Beliau (Syafinaz) adalah figura seni yang mempunyai reputasi tinggi bukan sahaja sebagai penyanyi dan penggiat seni, tetapi juga pendidik berpengalaman luas.
"Kehadiran beliau akan membuka ruang kepada pertukaran idea, inovasi pembelajaran dan penghasilan karya seni berkualiti tinggi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Md Amin berkata, pelantikan itu diharap menjadi pemangkin kepada penghasilan bakat baharu yang lebih kompetitif di peringkat global, khususnya dalam bidang muzik dan seni persembahan.

Sementara itu, Dekan FMSP UPSI, Prof Madya Dr Muhammad Fazli Taib Saearani berkata, pelantikan Syafinaz selama setahun diyakini dapat memperkukuh hubungan strategik antara fakulti dan industri muzik, di samping memperkaya aktiviti akademik, penyelidikan serta seni persembahan.

"Kami melihat pelantikan ini sebagai peluang besar membina jambatan antara dunia akademik dan industri muzik profesional," katanya.

Beliau berkata, pelantikan Syafinaz akan memperkaya kurikulum melalui perkongsian pengalaman, sesi bimbingan, bengkel vokal dan projek kolaborasi melibatkan pelajar serta tenaga pengajar.

"Dengan jaringan profesional yang dimiliki, fakulti ini diyakini berpeluang membina kolaborasi antarabangsa sekali gus mengangkat jenama UPSI di pentas global," katanya. – BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2025 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
tahniah tahniah. selamat menggalas tugas baru dengan cemerlang tok naz
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2025 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
dah ada pangkat besar2 ni harap jangan la jadi host cerita apetah kat asteruk. haritu iklan aku ternampak muka tok pinas yg jadi host cerita gosip murah dgn tiktokers. tepuk dahi dibuatnya
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2025 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2025 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
tahniah
my girlcrysh achik
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2025 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tok Pinaz mmg terlebih layak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2025 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah tok naz...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2025 01:03 PM | Show all posts
Tahniah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2025 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
mawarberbisa replied at 10-8-2025 09:56 AM
dah ada pangkat besar2 ni harap jangan la jadi host cerita apetah kat asteruk. haritu iklan aku tern ...

VIP rasanya. Tapi lupa pulak VIP tu stand for what.. kebetulan masa tertengok tu, Tok Naz tengah tanya soalan dgn Ali Puteh. Terus tukar channel.. hahaha.. btw, tahniah Tok Naz atas lantikan tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2025 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
olezzeli17 replied at 10-8-2025 04:34 PM
VIP rasanya. Tapi lupa pulak VIP tu stand for what.. kebetulan masa tertengok tu, Tok Naz tengah t ...

VIP-Viral isu panas

Tapi iols suka Tok Nas jadi host..Nampak org berilmu .nampak cerdik bila dia berdiscuss isu dgn para jemputan dia
Compare host lain banyak yg hauk
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2025 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2025 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Good luck.


Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2025 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
serimaya replied at 10-8-2025 06:52 PM
VIP-Viral isu panas

Tapi iols suka Tok Nas jadi host..Nampak org berilmu .nampak cerdik bila dia ...

ye betul la tu kot tajuk dia.. sebab tok nas bijak la dia tak sesuai jadi host cerita sebegitu. jadi la host program berilmiah sikit
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2025 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawa dia ni ..mcm umur 20an
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2025 09:50 PM | Show all posts
i think okay je dia jadi host VIP tu.. bila org bijak intebiu orang kurang bijak, nampak la sedikit bijak progrm tu uols... guest dia pun tak berani merapu meraban jawab bodo bodo alang
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2025 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
serimaya replied at 10-8-2025 06:52 PM
VIP-Viral isu panas

Tapi iols suka Tok Nas jadi host..Nampak org berilmu .nampak cerdik bila dia ...

Ahhh.. betul2.. tq, lupa pulak apa nama penuh rancangan tu. Hehehe. Kannn, orang educated bila bercakap memang nampak la cara dia susun ayat dan pandangan tu macam mana. Bila tetamu jemputan emosi, dia tenangkan. Macam dlm GV, kritikan dia berlapik so peserta tak terasa hati sangat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2025 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2025 02:16 AM | Show all posts
... sama macam RI lah kan ? adjung jugak .... adjung tu apa maksudnya ?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2025 08:17 AM | Show all posts
taniah tok naz! upsi kat tanjung malim, perak nuu..
jauh la sheol nk ulang-alik kl kan..
prasan aritu dia dok discuss dgn kak mitch utk concert nov ni..
waaa kehulu-kehilir laa tok naz pasni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2025 08:38 AM | Show all posts
tahniah tok pinaz. fly higherrrrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.517310 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list