CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19972|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dasar Ubat Generik jimat lebih RM900 juta

[Copy link]
Post time 24-1-2026 05:33 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 24-1-2026 09:44 PM



Dasar Ubat Generik jimat lebih RM900 juta


BERNAMA
Januari 24, 2026 @ 2:38pm






Foto hiasan. - Fail NSTP



BUTTERWORTH: Kerajaan menjimatkan lebih RM900 juta dalam tempoh dua tahun ini menerusi pelaksanaan Dasar Ubat Generik dalam sektor kesihatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad, berkata dasar berkenaan menggalakkan penggunaan ubat generik dalam sektor kesihatan awam dan swasta bagi memastikan akses rakyat kepada ubat-ubatan berkualiti pada harga berpatutan, tanpa menjejaskan aspek keselamatan dan keberkesanan.


"Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sering menekankan soal penjimatan dan beliau menyebut mengenai perkara ini sejak saya kembali (memegang jawatan) pada penggal kedua ini dan tindakan sudah diambil.

"Dalam dua tahun lalu, kita membuat generic first policy, bila ada generik, kita akan meletakkan itu sebagai pilihan utama," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Bangunan Baharu Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini, hari ini.


Majlis perasmian disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan turut dihadiri Ketua Menteri, Chow Kon Yeow serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim


Mengenai pelaksanaan dasar itu, Dzulkefly berkata, komuniti klinikal termasuk pakar dan pengamal perubatan turut disaran mengutamakan preskripsi ubat generik.

Beliau menjelaskan, ubat generik telah melalui pelbagai kajian ketat termasuk Kajian Bioekuivalen bagi membuktikan persamaannya dengan ubat asal dari segi keberkesanan dan keselamatan.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta rakyat tidak meragui penggunaan ubat generik kerana ia setara dengan ubat asal atau ubat inovatif.


"Bukan kerana ia (ubat generik) murah, ia tidak selamat atau tidak berkesan.

"Itu satu anjakan mental ataupun paradigma yang perlu rakyat faham. Ia tidak mengurangkan hal selamat ataupun hal keberkesanan bila pakar dan pegawai klinikal preskripsi ubat generik," katanya.

Berhubung isu kelewatan projek Kementerian Kesihatan (KKM), beliau berkata, kementerian sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam memantau pelaksanaan projek, khususnya projek yang dikenal pasti sebagai projek sakit.

Beliau sendiri turut mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan setiap dua hingga tiga bulan bagi meneliti status semua projek, termasuk tahap kemajuan dan permasalahan dihadapi serta membuat pelaporan kepada Kabinet.

"Memang kita tahu dan kita bekerjasama dengan JKR sama ada pada peringkat pusat ataupun negeri.

"JKR adalah pelaksana, kita klien, kita memang menumpukan untuk tindakan (percepat projek) tetapi akhirnya Kementerian (Kerja Raya) atau JKR yang akan membuat keputusan dan sebagai klien, kita memberikan syor dan pertimbangan untuk mereka buat keputusan," katanya.

Dzulkefly berkata, ada beberapa projek hospital yang mengalami kelewatan serius, termasuk di Sabah dan Sarawak dengan memberi contoh Hospital Putrajaya dan Hospital Papar yang masing-masing mengambil masa melebihi 10 tahun untuk disiapkan.

Beliau menegaskan, kontraktor perlu menunaikan tanggungjawab menyiapkan projek mengikut tempoh ditetapkan kerana kelewatan yang terlalu lama tidak boleh diterima. – BERNAMA












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.034486 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list