CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 21249|Reply: 2

Aliff Syukri Idam Nak Berduet Dengan Siti Nurhaliza - "Tapi macam takut tak layan jadi kita senyap sahajalah"

[Copy link]
Post time 24-1-2026 11:16 PM | Show all posts |Read mode





Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berkata dia berhasrat untuk berduet dengan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.


Memetik Astro Gempak, Aliff berkata dia pernah membuat permintaan berduet dengan penyanyi Ziana Zain namun belum menerima maklum balas.


Menurut Aliff lagi, dia mahu menghubungi Siti namun segan serta menghormati jadual padat penyanyi yang baru saja selesai konsert.


“Saya sebenarnya ada buat permintaan nak minta berduet dengan Ziana Zain tapi Ziana belum memberikan respon lagi, saya dah tunggu lama.


“Pengurus saya dah approach Ziana dalam bulan lepas, tapi masih menunggu keputusan dia. Nak minta kat Siti Nurhaliza tapi macam takut tak layan jadi kita senyap sahajalah.


“Menghormati dia sebab konsert dia banyak sangat kan. Sekarang pun difahamkan Datuk Siti tengah sibuk di Dubai, berehat di sana,” katanya.


Sementara itu, Aliff menganggap impian tersebut adalah satu angan-angan serta berseloroh dapat menyanyi di bahagian hujung lagu bersama penyanyi itu pun tidak mengapa.


“Kepada Siti Nurhaliza, saya bermimpi sahajalah kan angan-angan tak pernah salah kan. Tapi lagu saya semua trending.


“Siti Nurhaliza, saya teringin sangat nak buat lagu dengan awak. Awak sudilah buat lagu dengan saya, buat lagu raya sedikit sahaja pun jadilah.


“Kalau tidak boleh bahagian penuh, dapat yang hujung pun tidak mengapa. Bolehlah, sedikit sahaja saya mahu berduet. Bagilah impian saya tertunai sebelum saya mati,” katanya.




Sumber : Astro Gempak, rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2026 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tidak boleh bahagian penuh, dapat yang hujung pun tidak mengapa. Bolehlah, sedikit sahaja saya mahu berduet. Bagilah impian saya tertunai sebelum saya mati,” katanya.


Halah halah....ni jantan Islam menyelam ke..beriya suruh anak bini pki tudung sbb nk jaga aurat.Hbs tu suara bukan aurat ke...nyanyian sah2 lagho
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2026 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa tokti la paling tak memilih duet partner masa event2. Pernah tgk tokti duet lagu bagaikan sakti dengan mc wedding, duet dgn penyanyi laki lagu senandung melaka, duet lagu senja nan merah dengan anak awie, duet dengan live band event. Pernah juga duet dengan apek dulu2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.048952 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list