CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 12969|Reply: 0

[Negeri Sembilan] MBS nafi dakwaan sewa tapak bazar Aidilfitri di Dataran Senawang melampau

[Copy link]
Post time 25-1-2026 08:32 AM | Show all posts |Read mode

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Masri Baharuddin (dua, kiri), mendengar perkongsian isu daripada peniaga pada sidang media berhubung penganjuran bazar Ramadan dan Aidilfitri dalam kawasan Majlis Bandaraya Seremban, hari ini. FOTO BERNAMA

Seremban: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) menafikan dakwaan kononnya penganjur bazar Aidilfitri di Dataran Senawang mengenakan caj sewa tapak melampau sehingga melebihi kadar ditetapkan pihaknya seperti yang ditularkan di media sosial.

Datuk Bandar MBS Datuk Masri Baharuddin berkata hasil pertemuan antara penganjur dan peniaga terlibat mendapati dakwaan yang ditimbulkan itu tidak benar.

"Kalau ada peniaga bayar RM8,000 hingga RM14,000 untuk tapak di Dataran Senawang, sila tunjukkan bukti dan nyatakan penganjur mana kerana mereka telah diingatkan mematuhi kadar ditetapkan MBS," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pertemuan berkenaan bagi menjelaskan isu harga tapak niaga bazar Aidilfitri Dataran Senawang di sini hari ini.

Masri berkata pengadu yang mendakwa kadar sewa tapak melampau bagaimanapun tidak hadir dalam pertemuan hari ini, sedangkan individu terlibat seharusnya menampilkan bukti untuk MBS jalankan siasatan.

Beliau berkata MBS dalam hal ini akan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat penganjur yang gagal mematuhi syarat ditetapkan termasuklah membatalkan dan menarik kebenaran menganjurkan bazar.

Dalam pada itu, Masri berkata tiada bukti mengaitkan mana-mana pegawai MBS dengan dakwaan berkenaan dan beliau yakin semua pegawai di bawah pentadbirannya melaksanakan tugas dengan baik serta berintegriti.

"Jika ada orang dalam yang jadi broker, beritahu saya. Hari ini juga saya pecat pegawai tersebut sekiranya ada bukti kukuh. Kita bercakap mestilah berfakta, bukan sekadar khabar angin," katanya.

Beliau berkata kadar tapak niaga bazar Ramadan dan Aidilfitri telah dipamerkan di laman sesawang MBS untuk pengetahuan umum dan ketelusan dengan peniaga boleh merujuk harga di laman berkenaan bagi mengelakkan kekeliruan.

Sementara itu, penganjur bazar di Dataran Senawang, Mohd Fadzliatul Fadilah Ab Rahim, 30, berkata semua 92 tapak niaga yang dikendalikannya sudah habis dijual mengikut harga ditetapkan, iaitu antara RM1,500 hingga RM3,500 berdasarkan saiz.

"Setakat ini saya tiada masalah, semuanya berjalan lancar. Kita kesal bagaimana isu ini boleh berbangkit sedangkan semua urusan perlu mengikut kadar ditetapkan, penganjur tidak boleh caj harga melebihi kadar ditetapkan MBS," katanya yang memasuki tahun kedua menguruskan bazar Aidilfitri di Dataran Senawang.

Sumber : harian metro

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.038055 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list