CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12924|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Kereta terbabas ke ruang legar masjid, bapa dan anak lelaki cedera

[Copy link]
Post time 25-1-2026 08:38 AM | Show all posts |Read mode



Seremban: Seorang bapa dan anak lelakinya cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas ke ruang legar sebuah masjid di Senawang di sini malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan berkata pihaknya menerima maklumat mengenai insiden melibatkan mangsa yang masing-masing berusia 62 dan 12 tahun itu pada 9.16 malam.

"Kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Inokom Atos dipandu warga emas itu yang terbabas ke dalam ruang legar masjid... ketika kejadian, terdapat jemaah masjid yang baharu selesai menunaikan solat.

"Warga emas itu hanya mengalami kecederaan ringan manakala anaknya tidak sedarkan diri, dan telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar menggunakan jentera Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata operasi melibatkan lapan anggota yang turut dibantu jemaah masjid itu tamat kira-kira sejam kemudian.

Sumber : harian metro


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.237346 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list