SATU hantaran video yang tular di media sosial memaparkan kejadian pecah rumah di Jalan Persada 17, Residensi Prima di sini, kelmarin. FOTO tular
Kota Tinggi: Polis buka kertas siasatan berhubung satu kejadian pecah rumah yang berlaku di Jalan Persada 17, Residensi Prima, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya ada menerima laporan polis dibuat seorang lelaki tempatan berkaitan kejadian itu kelmarin.
"Pada 6.06 pagi kelmarin, kita menerima satu laporan polis yang dibuat seorang lelaki bersabit kes pecah rumah membabitkan kerugian RM1,000.
"Kita ambil maklum dan satu kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
"Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Terdahulu, Yusof berkata, pihaknya mengesan satu hantaran video yang tular di media sosial pada 8 malam tadi.
Menurutnya, video itu memaparkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian rompakan bersenjata di kawasan perumahan Prima Jalan Kulai-Kota Tinggi di sini.
Beliau memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat Sarjan Muhamad Asrul Ishak di talian 017-5341109 atau di mana-mana balai polis terdekat atau melalui hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi di talian 07-8831222.
|