CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24094|Reply: 0

[Johor] JOHOR JEWELS BUAT PERSIAPAN AWAL MENJELANG NSL 2026

[Copy link]
Post time 25-1-2026 09:33 AM | Show all posts |Read mode

Skuad Johor Jewels kini bersiap sedia untuk menempuh musim kelima Netball Super League (NSL) selepas selesai kem latihan di Kompleks Bola Jaring Che Puan Khaleeda Johor. | Foto Johor Jewels

IskandarPuteri – Johor Jewels menjadi antara pasukan yang mencuri tumpuan menjelang musim kelima Netball Super League (NSL) bakal bermula April 2026. Meskipun dianggap terlalu awal, pasukan bola jaring dari selatan tanah air ini tampak bersedia selepas selesai menjalani kem latihan yang bermula sejak 16 Januari lalu.

Menerusi perkongsian di laman instagram rasmi, Johor Jewels telah mengumumkan dua pemain import berprofil tinggi iaitu Gretel Bueta dari Australia dan Laura Langman dari New Zealand. Dua pemain import berpengalaman antarabangsa ini telah menjalani latihan bersama pemain lain untuk memastikan keserasian taktikal dan fizikal pasukan.

Selain itu, Johor Jewels turut membuat perubahan di barisan kejurulatihan apabila Tracey Robinson yang telah tamat kontrak digantikan dengan Jane Searle, juga dari Australia untuk mengambil alih tugas. Perubahan ini menandakan kesinambungan dominasi dan pengaruh jurulatih Australia dalam barisan kejurulatihan, sekali gus mengekalkan standard tinggi pasukan dalam liga bola jaring kebangsaan.

Johor Jewels juga mendapat suntikan semangat dan dorongan daripada DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor apabila pasangan Diraja ini berangkat menyaksikan perlawanan persahabatan bola jaring bertemu pasukan Fire Orcas dari Singapura di Kompleks Bola Jaring Che Puan Khaleeda pada 18 Januari 2026.

Selepas menamatkan saingan musim lalu di tempat ketiga, Johor Jewels menunjukkan peningkatan dari segi latihan, barisan pemain dan strategi demi merampas kembali juara NSL 2026 dan kekal bersaing di puncak liga. Ibarat pepatah ‘Biar putih tulang, jangan putih mata’, Johor Jewels bersedia memperbaiki kelemahan musim lalu dan akan terus menonjol sebagai pasukan yang lebih mantap dan kompetitif dalam saingan NSL 2026.

Semoga berjaya Johor Jewels!


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.052967 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list