CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 23973|Reply: 0

[Johor] PENCEMARAN ANAK SUNGAI DIJANGKA PULIH BERPERINGKAT

[Copy link]
Post time 25-1-2026 09:37 AM | Show all posts |Read mode

YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor mengadakan lawatan tapak ke lokasi pencemaran bagi meneliti sendiri pelaksanaan tindakan susulan di lapangan. | Foto MDJ Nurina Aisyah

Tangkak – Insiden pencemaran anak sungai di FELDA Sri Jaya, Bukit Serampang, Tangkak, dijangka pulih secara berperingkat susulan tindakan segera dan responsif Kerajaan Negeri menggerakkan kerja-kerja pembersihan, pemulihan serta pemantauan berterusan melalui jabatan, agensi berkaitan dan syarikat penternak khinzir terlibat.

Pemantauan oleh Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ) mendapati kualiti air di Sungai Muar masih berada pada tahap normal setakat jam 2 petang tadi, dan Kerajaan Negeri menasihatkan masyarakat setempat agar tidak panik serta sentiasa merujuk kepada maklumat sahih daripada sumber rasmi.

Susulan pengesahan punca pencemaran yang dikenal pasti berpunca daripada kebocoran kolam kumbahan sebuah ladang khinzir berhampiran, tumpuan kini diberikan kepada pelaksanaan kerja-kerja pembersihan dan pemulihan di kawasan terjejas serta memastikan pematuhan operasi pihak terlibat terhadap peraturan alam sekitar ditetapkan.

Antara langkah pemulihan telah digerakkan termasuk pelepasan Effective Microorganism (EM) yang ditingkatkan daripada 1,000 liter kepada 4,000 liter bagi mempercepatkan proses pemulihan sehingga kualiti air benar-benar selamat digunakan.

Kerajaan Negeri akan terus memantau situasi secara rapi dan bertekad menyelesaikan isu pencemaran tersebut secepat mungkin bagi menjamin keselamatan alam sekitar serta kesejahteraan masyarakat setempat dengan langkah penyelesaian jangka panjang akan dipertimbangkan selepas laporan penuh dan analisis lanjut diterima.

Terdahulu, YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor bersama YM Puan Ungku Suzana Ungku Mohammad, Pegawai Daerah Tangkak mengadakan lawatan tapak ke lokasi pencemaran bagi meneliti sendiri pelaksanaan tindakan susulan di lapangan, hari ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.041542 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list