CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 23859|Reply: 0

[Johor] PROJEK RTS LINK JOHOR BAHRU-SINGAPURA CATAT KEMAJUAN SIGNIFIKAN

[Copy link]
Post time 25-1-2026 09:41 AM | Show all posts |Read mode
Fasad Stesen RTS Link yang sedang terbentuk berlatarbelakangkan langit Johor Bahru — sebuah struktur pintu masuk ikonik yang mencerminkan kejuruteraan berketepatan tinggi, penyampaian projek yang terselaras, serta keupayaan Malaysia yang semakin meningkat dalam melaksanakan infrastruktur rel bandar yang kompleks. | Foto MRTCorp

IskandarPuteri – Projek Sistem Rapid Transit (RTS) Link Johor Bahru-Singapura mencatatkan kemajuan signifikan apabila pemasangan jalur keluli fasad dalaman di Stesen Bukit Chagar berjaya disiapkan sekali gus menandakan pencapaian utama ke arah sasaran pembukaan perkhidmatan kepada penumpang pada 31 Disember ini.

Penyempurnaan struktur fasad dalaman ini membolehkan struktur bumbung stesen dipasang sepenuhnya, menyediakan perlindungan kekal ke atas kawasan platform dan membentuk elemen struktur utama yang memberi identiti ikonik kepada stesen berkenaan.

Dengan pemasangan bumbung kini selesai, struktur perlindungan sementara di atas jajaran landasan dapat ditanggalkan seterusnya membuka ruang tapak pembinaan dan mempercepatkan kerja-kerja pembinaan platform, kemasan seni bina serta pemasangan sistem secara lebih cekap dan terselaras.

Pada masa yang sama, kerja-kerja fasad kini memasuki fasa akhir melibatkan pemasangan pelapisan luaran dan panel kaca, membawa projek ini lebih hampir kepada tahap kesiapsiagaan operasi menjelang tarikh pembukaan perkhidmatan disasarkan.

Struktur fasad bumbung setinggi kira-kira 50 meter ini merangkumi 16 jalur keluli, sistem penahan hujan, jendela langit serta menara dengan kapasiti pembuatan melebihi 40,000 meter persegi yang membabitkan fasiliti khusus di Bentong, Seremban dan Tapah.

Reka bentuk fasad Stesen RTS Link dirangka sebagai pintu gerbang baharu Johor Bahru dan simbol hubungan erat Malaysia-Singapura dengan konsep ‘The Integration of Two’ yang mencerminkan sejarah serta kesalinghubungan dua negara melalui sistem rel rentas sempadan.

Reka bentuk ini dipilih menerusi pertandingan seni bina kebangsaan pada tahun 2020 dan dibangunkan sepenuhnya oleh firma tempatan Johor Bahru dengan keseluruhan proses reka bentuk terperinci, fabrikasi dan pemasangan dilaksanakan oleh kontraktor Malaysia.

Secara keseluruhan, pembinaan RTS Link terus berjalan mendahului jadual hasil penyelarasan kukuh antara kerja-kerja sivil, seni bina, sistem dan pembinaan stesen sekali gus mengukuhkan kesiapsiagaan operasi bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang selamat, cekap dan selesa kepada pengguna untuk hari pertama operasi.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.209159 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list