CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23735|Reply: 0

[Johor] PERUMAHAN KASIH JOHOR KUKUH AGENDA PERUMAHAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

[Copy link]
Post time 25-1-2026 09:45 AM | Show all posts |Read mode

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor bersama penerima bantuan pada Majlis Penyampaian Inisiatif PKJ di Dewan Raya Putra, Bandar Putra, Kulai. | Foto MDJ Nurina Aisyah

Kulai – Seramai 1,020 penerima menikmati manfaat Perumahan Kasih Johor (PKJ) yang membuktikan keprihatinan dan kesungguhan luar biasa Kerajaan Negeri dalam memperkukuh agenda perumahan demi kesejahteraan Bangsa Johor.

Bagi fasa pertama pelaksanaan satu-satunya inisiatif seumpamanya di negara ini, seramai 780 penerima yang layak menerima Bantuan Beli Rumah Pertama berjumlah RM5,000, manakala 240 individu lain menerima Bantuan Masuk Rumah Pertama sebanyak RM2,000.

Bantuan bersasar ini memberi sokongan kewangan yang signifikan khususnya dalam meringankan beban kos awal pemilikan rumah dan membantu rakyat membuat persediaan memasuki kediaman termasuk bayaran deposit, kos guaman serta yuran berkaitan.

Sementara itu, inisiatif Bantuan Masuk Rumah Pertama berjumlah RM2,000 turut diperluaskan bagi memberi manfaat kepada lebih ramai golongan sasar termasuk kumpulan isi rumah pertengahan M40 untuk pembelian rumah pertama bernilai tidak lebih RM500,000.

Sebanyak 20,000 permohonan Bantuan Beli Rumah Pertama dan 8,915 permohonan Bantuan Masuk Rumah Pertama disasarkan melibatkan jumlah peruntukan keseluruhan melebihi RM117 juta dengan permohonan dibuka sehingga 31 Disember ini.

Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor diiringi YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor hadir ke Majlis Penyampaian Inisiatif PKJ di Dewan Raya Putra, Bandar Putra, Kulai, hari ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.274790 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list