|
|
SEJAK kecoh mengenai cerita perceraian, nama Uqasha Senrose masih menjadi bualan ramai sehingga hari ini.
Ada saja cerita yang orang ramai bising mengenainya dalam media sosial, termasuk drama terbaharu lakonannya bersama Zul Ariffin yang bakal ditayangkan tak lama lagi.
Ada sahaja yang tidak kena dengannya. Pelik juga sebab ramai lagi masih nak marahkan Uqasha sebab bercerai dengan Kamal Adli sampaikan ada segelintir pihak mula laungkan misi boikot drama dan sebagainya. Janganlah terheret sangat dengan emosi, sudah-sudahlah ya.
“Walaupun minat Zul, terpaksa boikot. Maaf Zul.
“Hero dah ‘ngam’ tapi sebab Uqasha jadi pelakon wanita, nak boikot,” komen netizen.
Tak apalah, mungkin marah sekejap saja, mana tahu lepas drama sudah tayang, rating terus mencanak.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|