CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 22674|Reply: 2

[Kedah] Hirup kopi sambil nikmati keindahan Gunung Jerai

[Copy link]
Post time 25-1-2026 10:18 AM | Show all posts |Read mode
Hirup kopi sambil nikmati keindahan Gunung Jerai

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
25 Januari 2026 07:50am





Orang ramai tidak melepaskan peluang menikmati Kopi Waktu berlatarbelakangkan Gunung Jerai dan sawah padi.




YAN – Jika selama ini sawah padi hanya dikaitkan dengan rutin bertani, suasana itu kini diberi nafas baharu sekumpulan anak muda apabila hamparan bendang hijau dijadikan lokasi santai yang cukup unik dan mendamaikan.

Inisiatif di Kampung Kepala 10, Ulu Sedaka, di sini, dikenali sebagai Kopi Waktu berlatarbelakangkan panorama indah Gunung Jerai dengan konsep santai berinspirasi era 60-an dan 70-an.


Konsep itu turut menggabungkan elemen nostalgia kampung, kopi tradisional dan hidangan warisan Kedah yang semakin sukar ditemui.

Idea dicetuskan Hafiz Ahmad, 34, bersama tiga rakan bertujuan mengembalikan nostalgia suasana kampung lama sebagai ruang kebersamaan komuniti dan tarikan pelancongan desa.


Tarikan Kopi Waktu turut mendapat perhatian Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff serta Tunku Sulaiman Badlishah Tengku Sarafudin Badlishah yang berkenan berangkat untuk menikmati keindahannya.

Tengku Sarafudin Badlishah bertitah, orang ramai tidak boleh ketinggalan dan hadir menikmati salah satu keindahan alam semula jadi.


Titah baginda, usaha ini adalah satu inisiatif baik di kampung berlatarbelakangkan pemandangan Gunung Jerai dan sawah padi cantik.

“Konsepnya berlainan iaitu konsep berinfak. Makanan disediakan sedap kerana merupakan makanan tradisional.

Macam-macam makanan di Kedah ini, semua ada dekat sini,” titah baginda.

Turut bersama, Exco Pelancongan negeri, Datuk Salleh Saidin dan Exco Pendidikan negeri, Datuk Mohd Azam Abd Samat.

Hafiz berkata, Kopi Waktu bermula secara sederhana sekadar mengisi masa lapang penduduk kampung pada hari Ahad, namun kini berkembang menjadi platform kebersamaan yang menyatukan komuniti setempat dan pengunjung luar.

Menurutnya, Kopi Waktu dibuka setiap Ahad dari jam 5 petang hingga 7 malam dan sambutan diterima sangat menggalakkan dengan kehadiran sehingga 600 pengunjung setiap minggu, bukan sahaja dari sekitar Kedah, malah dari seluruh negara.


“Keistimewaan Kopi Waktu bukan sekadar pada pemandangannya, malah konsep makan percuma sambil bersedekah menjadi nadi utama penganjuran.

Kami masak kopi sendiri, hidangkan kepada orang dan semuanya dibuat secara gotong-royong.

“Pengunjung bebas menikmati hidangan tradisional dengan sumbangan ikhlas kemudiannya digunakan semula bagi menjayakan program setiap minggu,” ujarnya.

Sementara itu, penduduk kampung, Noorliza Ismail berkata, suasana ditampilkan menghidupkan kembali kenangan lama dan memberi ruang interaksi sosial jarang dinikmati ketika ini.

Menurutnya, antara menu menjadi tarikan termasuk peknga bersama kuah gulai, peneram, eping, bubur kacang, rojak serta nasi lemak.

“Kalau tidak hujan, memang tiap-tiap minggu saya datang. Semua pakai baju tradisional, suasana kampung dulu-dulu terasa.

Makanan pun makanan lama,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd Zamri Abd Rahman, Kopi Waktu bukan sekadar tempat minum petang, sebaliknya medium memperkenalkan budaya dan warisan negeri kepada generasi muda.n peralatan klasik menghidupkan lagi suasana desa satu ketika dahulu.

“Konsep sedekah buatkan semua orang rasa dekat. Nak makan apa pun boleh.

Kalau nak rasa suasana 60-an dan 70-an, memang kena datang sini,” katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/765423/edisi/utara/hirup-kopi-sambil-nikmati-keindahan-gunung-jerai


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2026 10:19 AM | Show all posts

Tengku Sarafudin Badlishah, Che Puan Muda Zaheeda dan Tunku Sulaiman Badlishah berkenan merasai Kopi Waktu.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2026 10:19 AM | Show all posts

Hafiz (tengah) mahu menghidupkan suasana kampung sebagai ruang kebersamaan komuniti dan tarikan pelancongan desa.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.211707 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list