CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22612|Reply: 1

Penunggang ‘Ysuku’ maut rempuh tapir di LPT 2

[Copy link]
Post time 25-1-2026 10:22 AM | Show all posts |Read mode





KEMAMAN – Gara-gara gagal mengelak seekor tapir yang dikatakan tiba-tiba melintas jalan, seorang juru perancah tapak pembinaan maut kemalangan di Kilometer (KM) 320.5, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Kerteh, di sini, hari ini.


Dalam kemalangan pada pukul 1 pagi itu, mangsa, Iffil Nazwa Aziman, 24, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 maut akibat kecederaan parah pada beberapa anggota badan.


Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, sewaktu kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Pinang Baru, Dungun selepas makan di sebuah kedai di Kerteh di sini.


“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal Yamaha Y15 ditunggangi mangsa dikatakan gagal mengelak tapir seberat 200 kilogram sebelum melanggar haiwan itu sehingga mati.


“Impak rempuhan itu juga menyebabkan mangsa terjatuh di atas lebuh raya sebelum dipercayai digilis sebuah kenderaan lain yang masih belum dikenalpasti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.




Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2026 02:55 PM | Show all posts
pagar bocor kena ceroboh tu

jangan confident sangat lalu LPT ni esp malam

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.473621 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list