CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 22309|Reply: 6

Jangan disebabkan kes terpencil imej pasukan keselamatan tercemar – Anwar Ibrahim

[Copy link]
Post time 25-1-2026 10:32 AM | Show all posts |Read mode





SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak mahu segelintir kes-kes terpencil melibatkan pasukan keselamatan mencemarkan imej keseluruhan pasukan berkenaan yang selama ini berkorban mempertahankan kedaulatan negara.


Beliau berkata, kestabilan negara bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya hasil pengorbanan besar anggota polis dan tentera yang bertugas di sempadan, lautan, darat serta kawasan pedalaman, sering kali meninggalkan keluarga demi mempertahankan kedaulatan negara.


“Saya tidak mahu satu dua kes tertentu itu mewakili seluruh angkatan bersenjata.


“Negara ini aman kerana pengorbanan rakan-rakan kita, polis dan tentera, di perbatasan, di lautan, berbulan-bulan berkorban, meninggalkan keluarga untuk pertahankan negara,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian bangunan baharu Hospital Seberang Jaya di sini, hari ini.


Sebelum ini, 23 individu termasuk pegawai tinggi dan kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan perolehan dan penggunaan dana awam


Siasatan bermula sejak 7 Oktober dan disifatkan sensitif kerana melibatkan kepentingan awam serta dakwaan menerima rasuah dari syarikat berkaitan perolehan di TKAT dan MINDEF. SPRM membuka 22 kertas siasatan kesalahan asas serta satu kertas siasatan di bawah AMLA dan Seksyen 17A dan 23 Akta SPRM 2009 berkaitan penerimaan suapan dan salah guna kuasa oleh penjawat awam.


Mengulas lanjut, Anwar mengingatkan semua pihak agar lebih berhati-hati dalam memberikan pandangan supaya tidak menjejaskan integriti serta kewibawaan pasukan keselamatan negara.


“Setitik nila tidak harus merosakkan susu sebelanga. Walaupun kita fokus kepada satu dua kes, jangan kita lupa pengorbanan ratusan ribu anggota pasukan pertahanan dan polis yang menjaga keamanan negara,” katanya.


Tambah beliau, integriti dan profesionalisme pasukan keselamatan merupakan asas kepada kestabilan negara yang membolehkan Malaysia terus mengangkat martabat ekonomi ke peringkat lebih tinggi.


Katanya, keamanan yang dinikmati negara hari ini hasil pengorbanan anggota pasukan keselamatan menjadi asas utama kepada pencapaian ekonomi yang membanggakan termasuk pengukuhan nilai ringgit, kemasukan pelaburan tertinggi dalam sejarah serta nilai perdagangan negara yang mencecah RM3 trilion.  


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2026 10:43 AM | Show all posts
Satu keluarga 10 anak pun, ada macam-macam perangai memasing. Ini kan pula yang datang kerja dari merata tempat. Yang mewarisi darah satria abah atuk ada, yang cita-cita dari kecik ada, yang biasa-biasa ada, cucu warga asing pun ada, jadi pengkhianat pun ada. Zaman sekarang baru terbongkar segala kebobrokan. Semoga ramai lagi tak kira dept. mana akan kena vacum.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2026 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kes terpencil.. tapi jumlah yg besar PMX... masih salute lagi pada pasukan keselamatan
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2026 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Terpencil? Jadi benar la sekadar bilis yang ditangkap

Kalau yang ditangkap tu jerong maka sudah pastilah dilabel kes tergempak bertaraf nasional dah siap guling2 atas jalan
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2026 09:15 PM | Show all posts

Terpencil?

resuah n sakau badan beruniform ni legasi politikus Umngok

cuma jgn lepas ni bila dijatuh hukum

umngok n macai2 porum bising x dapat tukar kpd tahanan umah

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2026 09:18 PM | Show all posts
Bijan penah jadik Muntri Pertahanan

submarine scorpene komisyen RM500 juta

RM500 juta tu campak sikit kat macai2 porum
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2026 09:46 PM | Show all posts
bila jerung ditangkap n dijatuh hukum

terpekik terlolong umngok n macai porum marah PMX sbb tak bagi tahanan penjara tukar kpd tahanan umah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.215965 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list