CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18146|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Video jururawat itu suap makanan kepada pesakit warga India benar-benar menjentik perasaan saya...' - Menteri Kesihatan

[Copy link]
Post time 25-1-2026 12:37 PM | Show all posts |Read mode
'Video jururawat itu suap makanan kepada pesakit warga India benar-benar menjentik perasaan saya...' - Menteri Kesihatan

Oleh BERNAMA - Januari 25, 2026 @ 12:16pm




Dzulkefly memberikan anugerah kepada Nur Deena Nadzhiefa ketika kunjungan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) sempena majlis perasmian bangunan baharu hospital itu, semalam. Foto ihsan FB Dr Fzulkefly



BUTTERWORTH: Keikhlasan seorang jururawat menyuapkan makanan kepada pesakit warga emas berbangsa India yang tular menerusi media sosial baru-baru ini, membuktikan ihsan dan kemanusiaan mengatasi perbezaan agama serta kepercayaan.

Sikap terpuji jururawat itu, Nur Deena Nadzhiefa, mendapat perhatian Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, yang memberikan pengiktirafan kepadanya ketika mengadakan kunjungan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) sempena majlis perasmian bangunan baharu hospital itu, semalam.

Dzulkefly berkata, video itu benar-benar menjentik perasaan dan mendorong beliau bertemu sendiri dengan jururawat terbabit.

"Anugerah yang saya sampaikan ini kecil nilainya berbanding nilai ihsan yang Nur Deena Nadzhiefa tunjukkan," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Baru-baru ini, tular menerusi media sosial rakaman seorang jururawat menyuap makanan menggunakan tangan kepada seorang pesakit berbangsa India di sebuah hospital.

Rakaman berdurasi 41 saat itu meruntun jiwa ramai dengan warganet memuji sikap jururawat terbabit dan menyatakan rasa terharu dengan keikhlasan serta empatinya dalam mengurus pesakit meskipun berbeza agama.

Dzulkefly berkata, sikap Nur Deena Nadzhiefa membuktikan penyembuhan di hospital bukan saja bergantung kepada pil atau suntikan, tetapi juga lahir daripada layanan penuh empati dan kasih sayang.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Nur Deena Nadzhiefa kerana menghidupkan semangat 'Malaysia' dalam tugas seharian dan berharap nilai murni yang ditonjolkan itu dapat menjadi inspirasi serta contoh kepada seluruh warga kesihatan.
– BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/01/1501156/video-jururawat-itu-suap-makanan-kepada-pesakit-warga-india-benar





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.048747 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list