CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 14815|Reply: 6

Pendaki berani mati takluki Taipei 101 tanpa tali

[Copy link]
Post time 25-1-2026 02:20 PM | Show all posts |Read mode





TAIPEI  – Seorang pendaki Amerika Syarikat (AS) menakluki bangunan tertinggi Taiwan tanpa bantuan peralatan keselamatan hari ini dalam aksi nekad  yang menarik ratusan penonton dan disiarkan secara langsung oleh Netflix.


Alex Honnold, 40, telah menakluki beberapa bongkah batu paling menggerunkan di dunia dan menjadi terkenal di seluruh dunia pada 2017 selepas mendaki ‘El Capitan’  di Yosemite. Ia merupakan monolit granit antara paling sukar untuk ditakluki.


Hari ini, dia memanjat bangunan Taipei 101  yang menjulang setinggi  508 meter dengan  orang ramai berkumpul dan bersorak di bawah.


Honnold adalah orang pertama yang memanjat Taipei 101 tanpa sebarang peralatan seperti  tali, abah-abah  atau jaring keselamatan tetapi bukan orang pertama menakluki pencakar langit itu.


Cabaran berjudul ‘Skyscraper Live’ itu dijadualkan disiarkan di Netflix pada semalam, namun  ditangguhkan kerana cuaca buruk.


“Adalah menjadi impian seumur hidup saya untuk mendaki bangunan pencakar langit,” kata Honnold dalam video promosi pendakian itu di laman Facebook Netflix, Selasa lepas.


“Jadi saya akan melakukan solo bebas Taipei 101. Tiada tali, tiada peralatan, hanya saya dan bangunan itu,” tambahnya.


Pada tahun 2004, Alain Robert yang digelar ‘Spiderman Perancis’ muncul orang pertama mendaki pencakar langit Taipei 1010  tetapi melakukannya dalam keadaan hujan dengan bantuan tali keselamatan. – AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2026 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda2 daredebil cenggini, cam parkour bagai ni kita tgk dlm video pun dah seram sejuk.... Dorg rilek nametey
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2026 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu 15 tahun lepas ada orang perancis panjat klcc stlye camni gak
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2026 07:24 PM | Show all posts
axl_bach replied at 25-1-2026 03:04 PM
Benda2 daredebil cenggini, cam parkour bagai ni kita tgk dlm video pun dah seram sejuk.... Dorg rile ...

dia training guna safety sampai la dia ingat semua step even tutup mata..
hari kejadian just buat cam biasa je la tp takde safety..
tapi still amazing.. mmg berani

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2026 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
a4_paper replied at 25-1-2026 03:24 AM
dia training guna safety sampai la dia ingat semua step even tutup mata..
hari kejadian just buat  ...

Honnold ini sudah legend untuk rock climbing.. Dengan free solo style ascent (without rope)...
Non climber mahu try boleh cuba bouldering gym ada malaysia.... bouldering = without rope and no gear... Rock climbing = with top rope/lead and gear.... Untuk differentciate bouldering and rock climbing gym... Di sana instructor boleh tolong untuk beginner... Tidak require super strong body untuk this sport basic hanya required strong fingers and stamina..

Ini alex honnold without AI



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2026 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 25-1-2026 05:55 PM
Dulu 15 tahun lepas ada orang perancis panjat klcc stlye camni gak

Alain Robert kan nama dia...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2026 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 25-1-2026 08:17 PM
Honnold ini sudah legend untuk rock climbing.. Dengan free solo style ascent (without rope)...
Non ...

Kita tgk gambar ni pun dah peluh tapak tangan.... Hahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.068495 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list