CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13009|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak terima positif penilaian Tahun Empat, UP-DLP tetap diteruskan

[Copy link]
Post time 25-1-2026 03:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 25-1-2026 03:12 PM



Sagah (tiga kanan) menyampaikan Sijil Reka Bentuk Litar Bersepadu Digital - Kohort 1 kepada seorang graduan. Turut kelihatan, Shariman (dua kiri) dan Wan Lizozman (dua kanan). - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyokong pelaksanaan sistem penilaian murid Tahun Empat untuk melihat kemampuan awal tahap penguasaan murid, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.

Menurut beliau, penilaian tersebut tidak memberi sebarang mudarat kepada murid dan tidak seharusnya dianggap sebagai satu bentuk tekanan atau hukuman, sebaliknya membolehkan intervensi awal dilaksanakan.

“Tiada salahnya kita mengadakan penilaian selepas murid menamatkan darjah tiga. Ia sebenarnya memberi gambaran awal tahap penguasaan mereka.

“Jika kita hanya menunggu sehingga darjah enam atau tingkatan tiga, dan ketika itu baru kita sedar ada murid yang masih belum boleh membaca atau menulis, ia sudah terlambat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penutupan Program Penguasaan Semikonduktor di SMD Semiconductor di La Promenade Mall di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif SMD Semiconductor Sdn Bhd Shariman Jamil dan Pengerusi SMD Semiconductor Sdn Bhd Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar.

Sagah berkata, penilaian di peringkat awal tidak bermaksud murid yang gagal akan dibuang sekolah, sebaliknya ia bertujuan untuk membantu.

“Ia hanya satu petunjuk bagi kita merangka program intervensi yang sesuai untuk murid-murid berkenaan,” tambahnya.

Mengulas mengenai Ujian Penilaian Dual Language Programme (UP-DLP), beliau menegaskan bahawa Sarawak akan terus melaksanakan ujian tersebut di peringkat Tahun Enam.

“UP-DLP akan tetap diteruskan. Ia penting kerana keputusan ujian ini turut digunakan bagi kemasukan ke sekolah antarabangsa di Sarawak,” jelasnya.

Beliau turut menyatakan bahawa pendekatan tersebut selari dengan pelaksanaan di peringkat persekutuan dan tidak menjejaskan emosi atau perasaan murid.

“Sebab itu juga Kerajaan Persekutuan melaksanakan penilaian seawal Tahun Empat. Ia tidak menjejaskan murid, sebaliknya memberi manfaat jangka panjang,” tambahnya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.039220 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list