CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10932|Reply: 0

[Sabah] Keputusan PRK Kinabatangan, Lamag cermin keyakinan berterusan rakyat: PM Anwar

[Copy link]
Post time 25-1-2026 04:15 PM | Show all posts |Read mode


Mohd Kurniawan Naim dan Mohd Ismail atau lebih mesra dikenali sebagai Miha, meraikan kejayaan selepas diumumkan memenangi kerusi berkenaan di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Sri Lamag semalam. - Gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag mencerminkan keyakinan berterusan rakyat terhadap usaha, khidmat serta komitmen yang ditunjukkan di peringkat akar umbi.

Menerusi catatan di laman Facebook hari ini, Anwar berkata kemenangan itu wajar ditanggapi dengan sikap tanggungjawab sebagai amanah rakyat yang menuntut kepemimpinan yang berintegriti, tahap khidmat yang berkesan serta keupayaan menyantuni keperluan masyarakat secara inklusif dan berterusan.

“Kerajaan MADANI akan terus menjunjung semangat muafakat dan kebersamaan demi memastikan pembangunan di Sabah dapat dimantapkan, kesejahteraan rakyat terus dipelihara dan agenda yang madani dapat dijelmakan dengan tekad secara bersama,” kata beliau.

Perdana Menteri turut merakamkan ucapan tahniah kepada BN atas kejayaan mempertahankan kedua-dua kerusi Parlimen dan DUN berkenaan serta wakil rakyat baharu kawasan itu Mohd Kurniawan Naim Moktar dan Mohd Ismail Ayob, atas kemenangan mereka.

Beliau turut mendoakan agar legasi khidmat dan kepimpinan wakil rakyat terdahulu Allahyarham Bung Moktar Radin terus dipelihara dan diteruskan sebaiknya.

Pada PRK Kinabatangan, Mohd Kurniawan Naim menang bergaya dengan majoriti besar 14,214 undi menewaskan dua pencabarnya, iaitu Datuk Saddi Abdul Rahman daripada Parti Warisan dan calon Bebas Goldam Hamid.

Di DUN Lamag, Mohd Ismail memperoleh 5,681 majoriti undi menewaskan Mazliwati Abdul Malek daripada Warisan.

PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya Bung Moktar, 66, pada 5 Dis tahun lepas.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.050850 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list