CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 11748|Reply: 0

[Perlis] Institusi agama perlu terus angkat pendekatan sederhana, berhikmah - Raja Muda Perlis

[Copy link]
Post time 26-1-2026 01:08 AM | Show all posts |Read mode
Institusi agama perlu terus angkat pendekatan sederhana, berhikmah - Raja Muda Perlis

BERNAMA - Januari 25, 2026 @ 10:14pm





Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. - NSTP



KRABI (Thailand): Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menggesa institusi agama terus mengangkat pendekatan sederhana, berhikmah dan berpaksikan nilai rahmah dalam menghadapi dunia hari ini yang begitu mencabar.

Sehubungan itu, baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah penganjuran program seperti Program Ziarah Mahabbah MAIPs ke Wilayah Andaman, Selatan Thailand wajar diteruskan dan diperkasakan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah program itu platform membina persefahaman, memupuk toleransi serta mengukuhkan imej Islam sebagai agama yang membawa kedamaian, kesejahteraan dan rahmat.

"Saya ingin tegaskan nilai dan semangat terhasil daripada Program Ziarah Mahabbah tidak seharusnya terhenti di sini sahaja.

Ia perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan susulan yang berterusan, komunikasi yang konsisten dan kerjasama lebih tersusun.

"Mahabbah (kasih sayang) yang sejati ialah yang melahirkan manfaat, memperkukuh perpaduan dan memberi kesan positif terhadap masyarakat," titah baginda semasa menyempurnakan penutupan program itu yang masuk edisi ke-11 tahun ini di Dewan Sekolah Adamee Suksa Vittaya di sini hari ini.

Wilayah Andaman merangkumi Krabi, Ranong, Phuket, Phang Nga, Trang dan Satun.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengetuai rombongan ziarah itu di Krabi tahun ini yang berlangsung tiga hari bermula 23 Januari.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Program ziarah yang disertai ahli Lembaga Pengarah Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor, antara lain memfokus kepada melestarikan kerjasama ATAM dengan kepakaran usahawan serta industri di Krabi.

Pada majlis penutup itu, Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis turut berkenan menyaksikan acara menandatangani Surat Niat (LoI) antara ATAM dengan tiga pemain industri di Krabi terdiri pengusaha ladang ternakan kambing, spa dan kesihatan serta produk pelancongan komuniti termasuk batik dan kraf tangan.

LoI itu bertujuan mewujudkan jalinan kerjasama strategik dari segi perkongsian berkaitan kepakaran dan latihan, pelancongan dan kebudayaan, keusahawanan selain tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam membangunkan asnaf di Perlis.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/01/1501352/institusi-agama-perlu-terus-angkat-pendekatan-sederhana-berhikmah





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.032159 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list