CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10971|Reply: 0

[Kedah] Lelaki terbabit kemalangan korbankan 3 beranak didakwa esok

[Copy link]
Post time 26-1-2026 01:31 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki terbabit kemalangan korbankan 3 beranak didakwa esok

Zuliaty Zulkiffli[email protected]





GAMBAR hiasan




Kulim: Pemandu yang terbabit kemalangan mengorbankan tiga beranak di Jalan Kulim-Mahang dekat Sungai Kob, 18 Januari lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, esok.

Lelaki berusia 27 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Media sebelum ini melaporkan Muhammad Syazwan Mohd Surodjidin, 25, dan dua anaknya, Muhammad Aqeel Afnan Muhammad Syazwan, 4, dan Muhammad Affan Mikhael, 2, meninggal dunia selepas Perodua Viva dinaiki bertembung dengan Proton S70 dipandu lelaki terbabit.

Polis dilapor berkata siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada Proton S70 yang hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.



Disiarkan pada: Januari 25, 2026 @ 10:58pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1315316/lelaki-terbabit-kemalangan-korbankan-3-beranak-didakwa-esok




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.030766 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list