CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9708|Reply: 1

[Pulau Pinang] LRT Laluan Mutiara perkasa kontraktor bumiputera, kontrak RM1.14 bilion dianugerah

[Copy link]
Post time 26-1-2026 02:10 AM | Show all posts |Read mode
LRT Laluan Mutiara perkasa kontraktor bumiputera, kontrak RM1.14 bilion dianugerah

BERNAMA






GAMBAR fail projek LRT Laluan Mutiara di tapak stesen Bandar Sri Pinang yang dirakam pada 17 Julai tahun lalu. FOTO NSTP



Georgetown: Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara bukan sekadar mengubah landskap mobiliti Pulau Pinang, malah menjadi pemangkin kepada pemerkasaan kontraktor bumiputera apabila kontrak pembinaan bernilai lebih RM1.14 bilion telah dianugerahkan kepada kumpulan itu setakat ini.

Dalam tempoh setahun pertama pelaksanaan projek berkenaan, sebanyak 24 kontraktor bumiputera telah dilantik, sekali gus menterjemahkan dasar penyertaan bumiputera kepada manfaat ekonomi yang nyata dan mampan.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Datuk Mohd Zarif Hashim berkata sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pihaknya menyaksikan permintaan tinggi terhadap projek kendalian MRT Corp kerana ia diiktiraf secara meluas sebagai penanda aras nasional dalam penyampaian infrastruktur awam.

"Penyertaan dalam projek kami memberi isyarat bahawa kontraktor terbabit telah beroperasi dalam persekitaran yang dikawal selia secara ketat, berteraskan prestasi serta memenuhi piawaian tinggi yang ditetapkan bagi projek infrastruktur awam utama.

"Melalui LRT Laluan Mutiara, kami membawa pengalaman serta kepakaran berimpak tinggi ini ke Wilayah Utara, sekali gus memastikan kontraktor tempatan didedahkan kepada tahap disiplin dan profesionalisme yang setara dengan projek rel nasional lain," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Semalam, Mohd Zarif menyerahkan surat lantikan kepada tujuh kontraktor bumiputera bagi projek LRT Laluan Mutiara dengan disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Karnival Kebudayaan MADANI dan Kenduri Rakyat Pulau Pinang 2026 di Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah, Permatang Pasir dekat sini.

Kesemua mereka antara penerima 10 pakej kerja Projek LRT Laluan Mutiara, selaras dengan Program Pembangunan Bumiputera yang dilaksanakan MRT Corp di bawah dasar peruntukan khas Bumiputera (Bumiputera carve-out), sejajar dengan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).

Di bawah dasar berkenaan, sebanyak 40 peratus daripada keseluruhan nilai projek LRT Laluan Mutiara telah diperuntukkan kepada penyertaan Bumiputera, melibatkan nilai RM3.17 bilion bagi kontrak sivil pertama yang dianugerahkan.

Sementara itu, kontraktor wanita bumiputera, Ilya Fasya Mohd Nazar, 25, antara kontraktor berjaya dalam undian pertama LRT Laluan Mutiara, menyifatkan peluang berkenaan sebagai titik perubahan penting dalam perjalanan perniagaannya.

Beliau daripada Insabina Enterprise (CIDB G2), yang mewakili generasi ketiga keluarganya dalam industri pembinaan, berkata penyertaan itu bukan sahaja pencapaian peribadi, malah bukti keupayaan wanita dalam industri yang lazimnya didominasi lelaki.

"Saya mahu wanita muda lain melihat bahawa ada ruang untuk kita dalam industri ini.

Jika perjalanan saya dapat memberi inspirasi walaupun kepada segelintir individu, peluang ini menjadi lebih bermakna," katanya.

Bagi Muhammad Ifwat Norshaidi daripada IFW Bina Enterprise (CIDB G1), projek LRT Laluan Mutiara merupakan pengalaman pertamanya terlibat dalam pembinaan rel berskala nasional.

"Projek ini sangat berbeza kerana keperluan dokumentasi, peraturan keselamatan serta pelaporan yang lebih tersusun.

Walaupun pada peringkat awal ia mencabar, namun pengalaman ini memaksa kami menjadi lebih teratur dan akhirnya menyedari bahawa keupayaan itu ada, asalkan mematuhi sistem yang ditetapkan," katanya.

MRT Corp memaklumkan kontraktor yang berjaya akan menjalani program orientasi berstruktur merangkumi pematuhan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, kawalan kualiti, keperluan pelaporan serta pentadbiran kontrak.

Projek LRT Laluan Mutiara melibatkan pembinaan laluan sepanjang 29.5 kilometer dengan 21 stesen strategik, yang direka untuk meningkatkan keterhubungan antara Pulau Pinang dan tanah besar, sekali gus mengurangkan kesesakan jalan raya serta menambah baik tahap ketercapaian pengangkutan awam.



Disiarkan pada: Januari 25, 2026 @ 12:23pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1315141/lrt-laluan-mutiara-perkasa-kontraktor-bumiputera-kontrak-rm114-bilion





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2026 03:13 AM | Show all posts

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Datuk Mohd Zarif Hashim. Gambar fail
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.056647 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list