CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 11794|Reply: 0

Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’, no 3 paling ditunggu

[Copy link]
Post time 10-2-2026 09:42 AM | Show all posts |Read mode




KEPERCAYAAN bukan boleh dibeli, tetapi dibina melalui usaha yang konsisten. Persekitaran tempat kerja yang sihat memerlukan rasa hormat dan kepercayaan antara majikan dan pekerja. Budaya inilah yang membina kesetiaan dan melahirkan tenaga kerja yang komited.

Berikut merupakan tanda-tanda yang menunjukkan anda berada di tempat kerja dengan persekitaran positif.


1 Usaha dan pandangan dihargai

Tempat kerja yang mengambil berat pandangan dan usaha pekerja selalunya mempunyai budaya kerja yang terbuka dan saling menghormati. Setiap idea yang dikemukakan diberi perhatian dan bukan hanya hangat-hangat tahi ayam. Secara tidak langsung, pekerja rasa dihargai dan lebih bersemangat untuk terus meningkatkan prestasi.

2 Hormat diri

Jika tempat kerja anda menghormati hal peribadi dan memberi ruang kepada pekerja untuk menjaga keseimbangan diri, itu tanda anda berada di tempat betul. Tidak semua organisasi memahami kepentingan menjaga hak pekerja.

Apabila pekerja diberi ruang untuk mengurus masa di luar waktu bekerja tanpa gangguan bermakna tahap kepercayaan dari majikan. Hormat masa peribadi menunjukkan keprihatinan dan tahap profesional sebenar dalam budaya kerja.

3 Penghargaan


Penghargaan terhadap pekerja menandakan rasa keprihatinan majikan. Apabila usaha dan sumbangan diiktiraf secara terbuka, ia meningkatkan motivasi dalam diri pekerja. Budaya seperti ini membantu elak suasana kerja toksik dan menggalakkan sifat kerjasama dengan rakan sekerja.

4 Belajar dari kesilapan

Membuat kesilapan merupakan salah satu proses pembelajaran untuk tidak mengulanginya pada masa hadapan. Kesilapan membantu kita mengenal pasti kelemahan dan menilai semula cara bekerja untuk kekalkan momentum baik. Tempat kerja yang sihat menjadikan kesilapan sebagai peluang untuk perbaiki diri dan tidak takut untuk mencuba sesuatu di luar zon selesa.

5 Berlaku adil

Tempat kerja yang adil menilai semua pekerja berdasarkan prestasi dan bukan sikap pilih kasih. Apabila peraturan dan peluang diberikan secara sama rata, pekerja cenderung untuk lebih percaya dan bermotivasi untuk terus bekerja di syarikat lebih lama.


Sumber – RELEVAN
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 21137 Replies : 9
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44197 Replies : 609
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 2749 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 14707 Replies : 7
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366912 Replies : 3564
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39294 Replies : 88
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58322 Replies : 1101
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35868 Replies : 27
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77209 Replies : 512
DARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancing mengganas lagi
laqoyahDARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancin
Views : 4384 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.049565 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list