|
View: 29057|Reply: 3
|
2 juruterbang maut, pesawat Smart Air ditembak di Wilayah Papua Selatan
[Copy link]
|
|
|
Jakarta: Dua juruterbang maut selepas sebuah pesawat kecil ditembak sebaik mendarat di Padang Terbang Karowai di Kabupaten Boven Digoel, Wilayah Papua Selatan, lapor Xinhua yang memetik media tempatan pada Rabu.
Pesawat yang dikendalikan oleh Smart Air dengan nombor pendaftaran PK-SNR itu berlepas dari Tanah Merah di Boven Digoel dan ditembak kira-kira 11 pagi waktu tempatan selepas tiba di padang terbang itu, menurut agensi berita ANTARA.
Ketua Operasi Pasukan Petugas Damai Cartenz, Faizal Rahmadani berkata juruterbang dan pembantu juruterbang maut dalam kejadian itu.
"Berdasarkan laporan yang diterima, juruterbang dan pembantu juruterbang meninggal dunia dalam insiden itu, manakala keadaan 13 penumpang masih belum dapat dipastikan," kata Rahmadani.
Beliau berkata identiti kumpulan yang bertanggungjawab terhadap kejadian tembakan itu juga masih dalam siasatan.
Sumber:– Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
"Berdasarkan laporan yang diterima, juruterbang dan pembantu juruterbang meninggal dunia dalam insiden itu, manakala keadaan 13 penumpang masih belum dapat dipastikan," kata Rahmadani.
loorrrr selamat ke habis???
dah kenapa pi tembak eh
wilayah bergolak ke sana
i tot papua tu semakin berkembang tourism die
rs mcm ada tgk video tourist ambik video/gmbar area muka bumi dia cantik2, tak membangun sgt so bila pegi mana2 tu mmg tenang2 je utk kita nikmati alam sekitar
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Baca tajuk terus teringat OPM ka apa nama puak pemisah tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 12-2-2026 11:11 AM
loorrrr selamat ke habis???
dah kenapa pi tembak eh
Raja Ampat |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|